Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

Kenapa Fixrezzi Sokong Liverpool FC...

Asalamualaikum...hye...harap semua pembaca dalam keadaan sihat hendaknya


ok ..dikala bosan2 cuti...tiba-tiba saya ada persoalan terlintas...kenapa saya sokong LIVERPOOL FC? kenapa tidak Chelsea? ataupun arsenal....tapi langsung tidak terlintas yg persoalan kenapa saya x sokong Manchaster United, sebab persoalan tersebut mmg langsung tidak ada relevannya dengan hidup saya..( nak cakap sampai mampus ponk x minat MU!)



ok..kembali kepada tajuk.kenapa saya sokong LIVERPOOL..


1.sebab kelab ini ada sejarah yang menarik. saya sokong kelab ini bukan setakat ikut pengaruh rakan atau ikut sedap je..
kelab liverpool ni kaya dengan sejarah.diasaskan pada 1892, kelab ini berpisah dari kelab asalnya EVERTON FC...atas perselisihan paham towkey Anfield,Houlding dengan pengurus kelab...geng2 everton nih cakap yg Houlding nie ader agenda politik , pastuh tak puas ati sebab jual drinks kt stadium(diorang nih methodist kuat nih) camtuh.so...pisah...pada june 19892, terdaftarlah kelab LIVERPOOL FC and Atheletic Ground Ltd...(name kompeni LIVERPOOL asal) aka LIVERPOOL.



Apa yang menarik nye sebab..liverpool nih macam kene aniaya dengan puak2 asal everton nih...tp diorang BANGUN SEMULA AND STRUGGLE  wat kelab baru dan BERJAYA LAK TUH..berbanding Everton sampai skang..!!!

2 kelab ini ada prinsip yg sgt besh...apa lagi dengan motto You'll Never Walk Alone!!
When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone


lagu ni kalo relate balik ngan history club nih...mmg Cun! seyes...masuk abeh...lepas tuh...kalo tgh2 down kan...kt anfield sah2 nyanyi lagu nih(walaupun x pernah samapai Anfield!)...mmg terasa up la kalo dgr lagu nih..!!

3 lagik satu...sebab nih....
 gambar atas nih je da ada dua sebab aku sokong liverpool..act dulu aku fan Chelsea, time n00b ...time tuh sebab ada Zola...ingat Zola? ha....player italy yg kecik tp mantap tuh...aku ske gle tgk die main...tp....setibanya zaman mamat kt atas tuh ...yg pegang piala tuh!! ha...Gerard!! terus aku tangkap syok nak tengok liverpool...sebab die lagik lagik lagik lagik x1juta besh dari Zola!!! hahaah....die mmg captain bola yg aku respect la!! lepas tuh satu lagi sebab ...tengok piala yg dia junjung tuh..pastuh tegok gambar di bawah...

 HAHAHAAHAH.... SEBAB TUH AKU SOKONG LIVERPOOL!!! JGN MARAH EK FAN BIG 4 LAIN!!

p/s : walaupun Liverpool skang mcm down ape sumer...tapi prinsip aku..."Ape gune sokong time kuat je...time kuat ngaku fan, time kalah?" haaa.......time kalah la kita nih nak bukti kita fan ke x! haha...so...sebelum ader aper2  sora sumbang nak attack blog aku...aku bagi siap2 ayat kt atas tuh ek!

okie ,,,adios.!!sebarang komen boley ditinggalkan disini ataupun di twit2 saya -->@fixrezzi, atau di page gengblogger(search fixrezzi)..ok....asalamualaikum!!!

Ahad, 24 April 2011

Antara Token Arcade dan Duit yg Tidak Ternilai..apa hubung kaitnye???

Duit..duit...duit...
 Jika hari ini org sibuk membicarakan perihal harga barang naek...gaji x cukup,.dinar emas...atau yg terbaru pasal duit dilaburkan utk emel 1malaysia...saya...bkn mahu memperihalkan tentang itu pada hari ini.walaupun pada hemat saya,,,rancangan PM utk emel itu adalah BAGUS dan HEBAT(bukan sarcastic ok....serius)....tp kenapa kos nya terlalu tinggi? kalo ianya terlalu tinggi...kenapa perlu direvealkan kepada rakyat jumlahnya., aahhh....bukan itu yang saya mahu ceritakan pada  kali ini..

 apa yg saya ingin ceritakan adalah perihat matawang lama....pernah dengar wang kupang? atau duit pisang?haa....cerita ini berkisar sekitar skop tersebut.Saya di IIUM melakukan biznez kecil-kecilan, saya berniaga dalam bidang perkhidmatan...ha...jangan pessimis...saya menyediakan perkhidmatan percetakan secara kecil-kecilan...lebih dikenali ngan nama MOCK PrinTing...haha...

jadi bila wat printing nih..banyak la syiling kan...org bayar pakai syiling...so...bila abeh sem lepas....saya pun pergi la kira semua keuntungan saya (dalam bentuk syiling tu)...tengah2 kira....sekalu tgk...


"aik??? asal ader org tipu aku byr pakai token arcade nih??????!?!?!"

pastuh tengok balik....nih bukan token nih....baca sket......tengok ader tulih...king george VI..la...nih duit asing nih...mana laku nih...nak buang da nih syiling tuh...pastuh saya belek2 lagik skalik....tengok2...


duit syiling Malaya-1939 aka syiling KGVI 1939

 peh....tahun 1939 tuh beb...duit MALAYA NIh...btw fyi.gambar atas tuh adalah duit sebenar yg telah discan menggunakan printer saya...so....jgn tuduh saya wat cerita ye...hahaha...pehh....so...setelah wat2 research yg agak lama....baru la saya tahu duit ape tuh..
tuh duit yg digunakan di tanah melayu pada suatu ketika dulu...gambor raja tuh adalah King George VI, king and emperor of INDIA....british India ye....kalo x tau...tnye En. Google..hehehe...dan harga syiling ni kalo skang boleyh mencapai
150% dari nilai die pada hari ini...pehhh....(pak cik kayoo!!!)

sp...saya ingin berkongsi cerita ini pada anda semua...dengan pengajaran cerita ini....ALWAYS EXPECT THE UNEXPECTED...AND THINK B4 ACT...dan juga....setinggi2 penghargaan kepada sesiapa yg terbayar syiling tuh kat saya...(JANGAN NAK GATAL2 DECLARE YG SYILING TUH  KORANG PUNYA) HAHAHA....TERIMA KASIH....!!!


p\s: kalo nak tau ke nak deal pasal syiling nih....leh twit saya @fixrezzi....tq... 




Isnin, 21 Februari 2011

Setelah bertahun2...OMG!!! BUFFERED la!!!

Yea!!Setelah bertahun2 mencuba..akkirnya!!: fixrezzi.blogspot berjaya memperoleh Nuffnang "Buffered Earning"!!.
Ape tu "Buffered Earning"??
Kalo korang nak tahu,istilah ni adalah merujuk kepada Metered Cost per Impression (mCPM) yang termaktub(?) dalam polisi Nuffnang!!
Dengan adanye mCPM ni,blog korang akan masyuk berdasarkan "traffic" anda..

Macam mana nak dapat nih ek???
Memang banyak blog-blog yg ditulis oleh ramai blogger2berjaya ada memberi tips2 macam mana nak dapat mender nih..tapi tips aku sikit je utk korang..tp

Ahad, 23 Januari 2011

NUFFNANG!! terbaik bersama blogger??!?!?!yea!!!

Reactivate


BLOG INI telah direactivekan semula...saya dengan ini ingin berkongsi maklumat tentang anda
berkenaan nuffnang. 
bagi yang x tahu pasal nuffnang...sile google ye...tp apa yang saya nak kongsi disini adalah...saya adamembuat blog di wordpress(http://fixrezzi.wordpress.com)tp...

Ahad, 4 Julai 2010

skrip kosong untuk aku.

suka aku melihat sekeliling hidup aku.
semuanya ada cerita mereka masing-masing...ada yang bergembira,ada yang cuba menerangkan sesuatu,ada yang bercinta, ada yang berduka,ada yang menangis, ada yang tertawa.

tapi aku?hmm...tak ada apa-apa yang berlaku dalam hidup ini buat sementara waktu ini..begitu statik...tiada drama.tiada komedi,tiada melankolik atau romantik..hanya tenang dan kosong...tiada berirama tanggo ataupun chacha...tiada balada ataupun bossanova...sepi....ditemani sepoi-sepoi angin gunung-ganang sempadan perak-kelantan...ditemani derusan keruh air sungai perak...diiringi bau durian dan tempoyak..

ada orang kata hidup ini adalah sebuah pementasan agung oleh Tuhan,yang dimana kita ini adalah para pelakonnya..jika benar kata-kata itu,sudah pasti aku hanyalah seorang pelakon tambahan atau 'Pak Pacak' dibabak2 ketika ini...kerana skrip ku begitu kosong ....helaian kosong tiada cerita..

bulan-bulan lepas begitu dramatik skripku,ada melodrama,ada drama,ada melankolik,ada patriotik,ada bibit-bibit romantik tidak menjadi,tapi itu bulan-bulan lepas...bulan ini?kita tidak tahu lagi...

Rabu, 21 April 2010

Kegagalan Hanya Memberi Erti dalam Kehidupan

Gagal,sebut pasal perkataan ni mesti ramai yang rasa seram,atau tidak suke mendengarnya.Tapi pada hakikatnya gagal adalah satu proses dalam kehidupan.Sedarlah tanpa kegagalan,anda tidak berjaya atau tidak wujud seperti mana anda pada hari ini.

Jika kita singkap kembali proses kehidupan,kita sebenarnya melalui begitu banyak sesi kegagalan,bermula dengan proses utk seorang bayi untuk berjalan.jika tiada kegagalan semasa proses berjalan..anda mungkin adalah seorang MUTANT?!

begitu juga dengan proses belajar menulis,menaiki basikal,membawa kereta dan sebagainya.jadi kegagalan seharusnya sebati dalam kehidupan seorang manusia.Bukannya melihat kegagalan adalah satu perkara yang keji,hina atau tidak patut dilakukan.Ini terbukti jikalau kalian semua membaca biografi manusia-manusia berjaya di dunia.contohnya Bill Gates,berhenti belajar undang-undang.Tun Mahathir,antara manusia yang aku paling respect sekalipun pernah gagal.Jadi,apa yang ingin disarankan disini adalah,

                                            Jangan Takut Gagal,Kerana gagal adalah sebahagian dari hidup.


dan apa yang penting,setelah apa yang telah diusahakan,sepertimana dijanjikan Allah,setiap usaha ada pulangan nya,dan setiap akibat ada hikmahnya,dan yang paling utama,

                       yang baik dan buruk itu adalah datang dariNya..jadi SYUKURLAH!!

Selasa, 13 April 2010

Lisa Surihani: sebelun glamor...so sweet...aduh!

Lisa Surihani.


Sebut sahaja nama bintang tempatan ini..pasti ramai jejaka-jejaka Malaya sudah bersinar-sinar mata mereka terbayang muka comel bintang ini.Saya ada beberapa teman yang begitu minat akan Lisa,sehingga sering diigau dan diangan...haah... bagi saya agak pelik kalau lelaki yang minat artis perempuan sebegitu.. tapi disebabkan keobsesan kawan saya,saya pula terjangkit obses..lagu saya gatal utk menaip nama Lisa di youtube.



dan hasilnya,saya berjumpa dengan iklan lama dikala era Lisa belum popular:






 yang comel tuh la Lisa...gile cute ...haha...bersinar mata den...

Khamis, 8 April 2010

Mempersembahkan Jersey Baru Liverpool


Setelah berpuluh tahun kelab kegemaran gua nie puas mendabik dadanya bersama calrsberg;
akhirnya design terbaru jersey Liverpool bersama Standard Chartered..jadi...berita baik bagi semua real scousers yang beragama Islam...anda semua boleh la memakai jersey liverpool dengan design sebenar selepas ini...haahah..bagi saya...saya sudah siap sedia menyimpan duit untuk memberli jersey asli...ahhaha..kedai al-ikhsan...TUNGGU!!!

Rabu, 7 April 2010

akhirnya...CUTI!!dan heppy besday to...

wuhuuuuu!!
aku nak mengucapkan SELAMAT BErCUTi kepada semua student IIUM...dan selamat berdemam peperiksaan kepada semua pelajar-pelajar IPTA lain..jangan cemburu ek budak2 ipta lain..haha

setelah berhempas pulas melalui smester II yang penuh kejam dan zalim...akhirnyer dapat juga aku kembali bercuti..walaupun begitu banyak idea-idea untuk menulis di blog ini...tp aku rasmikan dahulu dengan ucapan selamat bercuti kepada pelajar UIAM...dan hari ni juga adalah hari jadi kepada rakan sama sekolah ku ATHUF,dan rakan seuniversity...CIK MASTURAH KEYA NORDIN & LUKMAN HAKIM SUKERAN.haha...selamat hari jadi kepada nama2 berikut...semoga anda menjalani kehidupan dengan bahagia nya...haha..

pada hari ini aku nak bertanya satu soalan kepada anda semua,harap dapat respon...adakah anda cukup bersyukur dengan diri anda sekarang?saya tinggallkan dengan soalan itu...bakal dijawab pada post berikutnya..

Jumaat, 2 April 2010

Pergi bersama gelak tawanya:Tribute to Allahyarham DIN Beramboi

beliau mula dikenali melalui majalah humor Ujang.siri2 kaset keluaran majalah ujang mula membuat beliau mendapat perhatian peminat dengan kesohoran pantun2nya.teringat zaman itu,aku sanggup mendengar kaset2 itu berulangkali melalui radio dan walkman tanpa jemu...pada ketika itu,penuh tertanya2 siapakah din beramboi ini..

selepas majalah Ujang dibeli syarikat lain,nama din beramboi senyap seketika dalam arena seni ..
tahu2 ,aku perasan kelibatnya dalam cerita2 afdlin shauki,wakenabeb,rancangan2 tv,dan astro warna.
beliau mendominasi arena jenaka tempatan.

karekternya begitu kuat,jenakanya begitu berkesan,sehingga ada yang masih melekat di minda ini..
sepilah radio era selepas ini,kosonglah slot2 di astro warna,mungkin aku x dapat lagi untuk ketawa di kaca tv.

mungkin benar kata sesetengah orang,orang yg berada dipuncak nyawanya tidak dibekalkan lama,
lihat saja contoh2 sebelum ini,P.Ramlee,Sudirman jika ingin dilihat di luar negara pula,kurt kobain,elvis,james dean,john lennon,bruce lee,heath ledger..

bagi aku,beliau sudah memasuki "Hall of Fame" bersama nama-nama diatas...pergi yang diingati.
mungkin ini jenakanya yang paling berkesan dan diingati,iaitu meninggalkan kita ketika kita masih bergelak ketawa dengan lawaknya..

apa-apa pun,bagi yang beragama Islam..AL-FATIHAH...

Rabu, 31 Mac 2010

Senarai Barang Idaman...

Korang mesti ader barang-barang yang korang memang mengidam kan>?agak-agak ape ek mender yg paling x logik yg korang boleh idamkan?kalau barang idaman aku adalah..

1. BMW 5 series sebijik


2 DSLR NIKON
3. Speaker 5.1 sebijik
4.banglo sebijik kt Dubai
5. Jam Emporio Armani


6. Spec Ray-ban Ori

7. Full set wardrobe Armani,Polo
8.A supercomputer
9. liverpool original jersey
10.Ducati sebijik..


untuk no 3 ngan 6 tu boleh dapat la kot...tp yg lain macam mane ek?
bagaimana pulak ngan korang?ader wishlist?tp nie yang aku paling nak sekali nie..

:D siap wat tisu tandas lagik tuu...ahahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...