Ahad, 23 September 2012

kisah yg tak terungkap sebelum ini

asalamualaikum.
lama sungguh tak mencoret disini,begitu banyak berlaku peristiwa ke atas diri kerdil ini. tapi perubahan yg berlaku pada diri aku ni boleh dianggap negligible... nothing significant berbanding billion lagi manusia di muka bumi ni

sepanjang tempoh tidur di alam blog, begitu banyak suka duka telah berlaku.
pertamanya, aku akhirnya dapat kenal pasti siapa yg sebenarnya2 kawan aku yg tinggal di dalam alam aku. bersyukur atas semua nikmat dikurniakan kepada aku kerana dianugerahkan kawan2 sebegini

sepanjang tempoh tidur, aku berjumpa kasih dihati, begitu banyak silap aku utk memulakan kisah kasih ini. silapku kerana lambat ambil tindakan, sehingga si dia mengorak langkahnya dahulu. 2 bulan yg lalu, yg itu semua 2 bulan yg lalu.

pelbagai komplikasi cerita ini, sehingga hujung pangkalnya jadi kabur. entah mana silapnya tepatnya dua bulan, maka keberangkalian cerita ini menuju garis penamat makin hampir. aku sudah ketahui sebabnya. apa yg ku cari tak sama dengan pencariannya.

aku kini juga dapat mengetahui, diri ini jijik penuh dosa, hidup berlandas hedonisme. tidak begitu islamic. hanya lepas fardu ain baca quran dan solat. itu pn rasanya solat pun tidak sempurna. hukuman Allah kini cash. tiada lagi masuk buku macam dulu2... semuamya cepat dan pantas.

selalu ku pinta pada yang maha esa, datangilah aku org seperti si dia. tapi aku silap. aku tidak menduga, apa yg aku minta itu luar kemampuanku. dia begitu baik dan terlalu baik. dia tidak sanggup menuruti cara hidup ku yang jijik. tapi maaf, aku tidak mampu menipu diriku sendiri.

aku yg sentiasa berdosa sepanjang 2 bulan ini. terlalu baik dan terlalu mencinta. terlalu buta dan terlalu tuli. terlalu mengganggu hingga kehidupannya yang elok porak peranda. aku sentiasa salah, sentiasa berdosa. sentiasa tiada apa yg baik utk dirinya.

bukan aku nak bukak pekong di dada, tapi kurasa kebas, tak ada tempat lain nak luah segala. mencari konklusi melalui media massa. rasa kebas. rasa malu. rasa mati. tapi mahu luah segala. ini kisah tak terungkap sebelum ini.

kepada si dia, dirimu terlalu baik utk diriku, bagai bidadari datang menyapa,  umpama puteri kayangan turun menjengah.. umpama pesanan Allah utk menegah diri jijik ini. engkau sentiasa di hati, tapi codeks kita berbeza. ayat mudahnya haluan kita berbeza, engkau org mulia, diri ini biasa2. melayu tipikal yg sentiasa suka berada di zon selesa. 

aku marah, aku sedih, tapi aku rasa kebas dari ubun2 hingga hujung jari kaki, jadi perasaaan ku mati, nak diekpressi pun sudah tidak berbunyi, jadi kekok jadi batu, jadi tak kenal diri. aku menyintai dia, rasa itu masih mengetuk didada, tapi dia lebih menyintai si Dia. baguslah, mmg itu sepatutnya.. biarlah ku sengsara, terjelepok, kumpul tenaga nak bangun semula.

tak ku coret mungkin sampai esok masih menulis, panjang2 nnt tak org yg baca. yg ini pun rasanya jadi picisan, hanya secebis perasaan dari hamba yg tidak berperanan.

ini kisah yg tak terungkap sebelum ini. kepada buah hati ku... abg sentiasa di sini, mencari konklusi, menunggu takdir ilahi, mengharap keajaiban berlaku, mengharap segalanya. harus bagaimakah  dendangan spider, dan teman pengganti, menjadi melodika jiwaku wat sementara waktu.

:')


 

Ahad, 12 Ogos 2012

Please don't be like me..

reality sucks
that is what it is
we always find our way to make it all look alright..
but sometimes it is not right.
we go in different pathway...
to make it confortable with ourself..
we run in our own path.. we follow the true path as long it is confortable with us..
we divert our way when it is seem hard..
we also divert our way when it is not convenient with us..

We close our eyes ,our heart, our souls.
We pretend not to hear, we pretend not be heard.
because the truth is always bitter,
and the wrongdoing is always feel good..

because I am not strong enough..
I can said all those words above..
brothers and sisters..
please don't be like me..
it is some sort secular and deviant..
please not to be like me..

Isnin, 30 Julai 2012

Ke mana kita sebelum dan selepasnya?


Asalamualaikum .
Salam Ramadhan kepada semua.

Bagaimana puasa anda? diharapkan diberkati ibadah anda disisiNya.Ramadhan ni ibarat sebuah KARNIVAL. Ada byk tawaran hebat, promosi... hadiah.. Tp jgn biarkan ianya menjadi sebuah Karnival semata-mata.. jgn jadikn ia seperti fun fair yg akan datang ke kampung2 buat sebuah jangkamasa dan akan keluar bila permit mereka habis..

Merenung kembali diri hina ini sebelum datangnya ramandhan, mm, memang berlainan dengan yg sepatutnya. Yang lebih menyedihkan, mmg lain pula diri ini bila tibanya bulan ramadhan... sedih2... rasa marah pun ada..

sebelum ramadhan, mm. x payah ckp.. kalau nak list yg mazmumah tu mmg org cakap, buat malu diri sendiri je, tp bila ramadhan, kalau nak diujarkan sekadar 'a figure of speech'- Malaikat pun terkejut!.. tetiba lak kerja tertukar antara raqib dan atid.

Apa yg nak diusulkan di sini adalah ke mana kita selepasnya? bermakna selepas ramadhan... adakah selepas ramadhan , Malaikat 'Atid kembali sibuk dan membiarkan Malaikat raqib berehat pula?Kenapa kita dibulan ramadhan, kita boleh siap dengan solat sunat, tadarus, pergi masjid x miss,tapi bila terdengar saja takbir raya, Allah.... hilang semua ibarat buih2 ombak di pantai...

Tapi,
inilah yg berlaku saban tahun, kepada diri yg hina ini...mungkin kerana KETAMAKAN utk merebut segala tawaran hebat Ramadhan, kita menjadi SUPERHUMAN di sisiNYA, tp bila tawaran itu sudah abis, yakni sehabisnya Ramadhan, habis hilang semangat dan usaha utk merebut cinta Ilahi..

Pesanan ini utk diri yg hina dan juga kepada sahabat2 dan saudara2 seIslamku... Jom Ubah, Sebelum Terlambat! insya Allah.. :D

Jumaat, 27 Julai 2012

Lebih turun dari naiknya.

Asalamualaikum.

Hari ini aku menangis kerana ingin menjauhkan diri dengan maksiat.Ya Allah, astagfirullah.
ketika saat air mata menitis, baru aku sedar yg iman aku tidak seperti iman para sahabat.. tidak juga sebanding iman rakan-rakan aku yg lain. yang boleh menjaga solat 5 kali sehari siap berjemaah lagi.

Aku sekadar org biasa, yg imannya lebih turun dari naiknya. Lebih alpa dari mengingat.lebih lagho dari manfaat.Lebih teruk dari baiknya. Yg selalu berada di takuk lama, tak mahu keluar dari zon selesa.

ketika air mata menitis, aku rasa kesal dan hina. rasa jijik dengan diri sendiri.
Aku titiskan air mata utk meninggalkan dosa? apa masalah aku ni. sepatutnya aku berasa lega utk menjauhkan diri dari maksiat. Di bulan ramadhan sebegini, apa terjadi dengan amalan ku, adakah solat ku x dapat mendidik nafs aku. adakah diriku dipacu nafsu selama ini.

ketika air mata menitis, baru aku tahu sejauh mana dan seteruk mana imanku terhadap Allah, dan dimana kasihku terhadap Allah dan Rasul. Yang hanya dizahirkan dilidah tp bukan di hati.

Seteruk mana aku sekalipun, aku tetap bersangka baik kepada Allah, kerana dia maha mengetahui..

Sabtu, 18 Februari 2012

"weh...ada ninja laaa!!" -itu kata aku time dulu2

ni·qab

noun \ni-ˈkäb\

Definition of NIQAB

: a veil for covering the hair and face except for the eyes that is worn by some Muslim women



Isu kali ini..niqab,,, atau mungkin dikenali sebagai purdah.



niqab in adalah bahagian yg menutupi muka wanita..kalau zaman2 jahil dulu, aku ngan kawan2 slalu wat lawak kalau nampak org pakai niqab ni...
"weh...ade ninja la!"
 tapi itu zaman jahiliah aku la,,
Pertama sekali aku nak cakap .. aku mmg respek la wanita2 muslim yg berniqab ni..tapi isu pasal niqab nih mmg panjang berjela.. lagi2 kalo kat mesia ni..

Niqab selalu menjadi isu debat dimana adakah niqab ini adat atau ajaran Islam? mmg ak x arif la nak ckp pasal isu ni.. tp yg aku yakin dan tau ader beberapa situasi yg berniqab ini x digalakkan;

1. ketika berurusan yg mmg memerlukan identiti kita dikenali.. mcm loan ke..
2. ketika dlam urusan pelajaran...tp yg ni aku x 100% sure.
3. time nak amek exam.

tapi setakat itu je aku tau.kalo nak tau lebih lanjut..sila rujuk pakar2 agama..
tapi yg aku betul2 kagum ngan niqabiah ni.. adalah.. komitment diorang tu.. lagi2 jika kita fikirkan keadaan iklim kebanyakan negara2 islam...
pada hemat aku, secara peribadi .. berniqab adalah..;

1. salah satu cara utk interpret ketaqwaan seorang muslimah!
2. satu cara utk menjaga martabat dan harga diri
3. salah satu cara seorang wanita itu menunjukkan rasa Cinta mereka kepada Allah dan Rasul.

dan bagi aku juga berniqab adalah patut utk seorang wanita yg cantik!(secara peribadi la)

jadi, selepas ini, jgn lah anda terus menghukum atau memberi andaian tentang niqabiah ni seperti melebelkan mereka ni terrorist , atau mengandaikan mereka ni muka cacat ke apa ye?

bagi mereka yg berniqab, teruskan usaha murni anda! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...