Ahad, 21 Disember 2008

MALAYTRIP I : DARI KUALA LUMPUR KE TAIPING

Bagaimana ianya bermula....
13 December 2008.
Saudaraku Akram menghubungi aku utk mengikuti plan beliau utk ke Taiping.Bertujuan asal utk ke rumah rakan lama, Cik Hidayat kerana ada kenduri kawin beliau,eeh,,,,abg beliau...aku mendengar utk berjalan bersama2 kereta sudah membuat hatiku excited x terkira maunya.
lalu aku menunggu Krey sampai ke kolejku...agak2 petang pukul 5,krey sampai ke kolejku yg indah ini,lalu mengambilku..

Aku,krey dan Andy...terus menuju ke Bukit Bintang,atas tujuan utk menemani akram membeli baju dan melihat gigs sebelum meneruskan perjalanan ke tanah tumpah darahku perak...

setelah akram membeli baju yg yg mantap....plan berubah utk melihat wayang di PaVi..cerita lakonan Kreannu Revees...ades....mengapa aku taip nama nya kreannu...wakakaka...selepas selesai melihat cerita bertajuk the day the earth stood still itu..maka bermulalah episod pengembaraan Malaytrip I.
Maka Ia Bermula.....
dari KL bermula 12pm,kami berhambat ke Highway PLUS,sambil melihat jam,kami singgah di tanjong malim melihat pasukan kegemaran akram beraksi hambar yg sekadar seri dengan spurs...lalu itu mengakibatkan perlajanan paling lama seumur hidup aku utk ke perak...iaitu hampir lima jam.....tepat subuh...kami tiba di kuala kangsar.tujuan kesini adalah kerana akram ingin berjumpa kawan beliau di sini.setelah berjemaah di masjid tepi Koleq...kami melepak di tepi sungai perak utk menuggu kenalan akram itu,setelah sarapan bersama2 rakan akram itu,maaf...x kuingat namanya...kami lalu meneruskan perjalanan ke Taiping...

lebih kurang pukul 11...kami tiba,kami menuggu di hospital taiping sambil me'roger' dua sahabat baik si kumbang dan aufa..setelah berkumpul semua....kami lepak lu kt maple ,berbual ringkas mengenang episod2 lama kehidupan.selesai itu,pergilah kami berlima ke destinasi yg dituju,

setelah hampir2 sesat ke rumah cik dayat,kami tiba pd waktu yg agak mantap.... dengan menjamu nasi minyak yg turut dihidangkan oleh rakan kami aiman,kami melepak di dalam rumah dayat,meliht2 gambar,sambil aku cuba merepair spect aku yg hancus..tersekat kami di rumah dayat kerna pengantin bersanding.kala itu ku lihat akram beriya meliht org bersanding,kalah ofa...(jgn mara ee bro).selepas itu...selesai bersanding..menurut fitrah bumi plg lembab di malaysia,maka hujanlah taiping.berendam segala selipar dan kasut kami,habis kesemuanya...

setelah selesai,aku dan akram sudah hendak pulang,namun atas pujuk rayu dua sahabat kami itu,kami berkeputusan utk stay di taiping lebih lama...masalahnya...lebih lama dari sepatutnya..
lalu aku andy dan akram menemani mereka mencari motel...di situ...perspektif aku amat berbeza2...jauh di sudut hati...masih tertanya...aku melihat pasangan berdua ini,mereka sungguh rapat berdua...tidak aku mahu percaya bahawa lelaki dan perempuan boleh berkawan baik..dan lagi jauh di sudut hati...mm....memang satu kerugian...mereka sebenarnya cocok...ahh...abaikan apa yg aku pkkan...setelah puas dari satu motel ke satu motel,mereka dapat menginap di taiping motel..peh...disitu aku agak menyirap darah mudaku.pekerja di kaunter itu sungguh syaiton sifatnya...d pk nya pasangan sahabtku ingin menyewa disitu utk membuat dosa,padahal begitu terpuji akhlak mereka.terkeluar segala sifatku si bdak uia...ku ceramah pendek pekerja india itu..

kami tertidur di bilik si kumbang....menjelang malam...setelah makan di tesco taiping...kami jejaka uia ingin pulang...namun,ingin pula pasangan rakannu itu melawat safari malam taiping...atas pujukan rayu mereka lagi..kami pon pergi...pergi melihat binatang2 di kala malam bulan mengambang...apa yg seronoknya...melihat gelagat andy pada masa itu...sunggug bersemangat kerana beliau pernah menjadi sujarelawan di zoo negara...dan juga rakan2ku dan juga aku...atas pengaruh cerita madagascar..abes semua binatang dalam cerita itu mau dilihat....
x ku lupa ada pergerakan aneh di kandang rimau...aku dan andy hampir membuka langkah seribu...namun apa yg tidak ku lupa...dengusan si moto2 yg membuat daku terkejut...abes aku dikutuk....namun tidak mengapa...


.abes di situ...dengan x semena2...akram ingin ktiaw dolly...terpaksa menyusah bapa dayat utk menunjukkan jalan...abes malu kami dek ketulusan en abd rahman...sampai di dolli sudah tutup....kami pergi makan di selera malam...ingin ke fun fair juga sudah tutup...memang Taiping mati tepat jam 12 malam...kami meronda2 taiping bersama kereta cik aufa...(terima kasih)...shak bawa kami ke taman eliasinggam meliohat kupu2 malam....namun kesemua kupu 2
semuanya tidur...aneh....

atas segala kejadian itu....aku andy dan akram tidak balik malam itu....kami tertidur di bilik kumbang....tepat jam 5 pg...bergeraklah kami...dengan salaman tulus ikhlas dan ucapan selamat jalan si kumbang beserta lambaian ringkas aufa tanpa bicara...kami pergi menuju ke tempat asal masing2....tiba di kL dalam 8.30....tiba di kolejku 9.00 am...burn satu kelas ku...

akram berjumpa baie di setiawangsa...andy pulang ke nilai dahulu...

sempurna semuanya....
perjananan anak remaja tanpa rasa takut dan risau....emosi bercampur baur....banyak perspektifku dalam berjalanan ini,ku dapat melihat apa ertinya kawan sebenar...dan terungkai misteri kawan baik berlainan jantina....

semua perspekfifku ...apa yg ku rasa sudah ku tulis dalam utusan sebelumnya....harap di baca....

terima kasih kawan baikku...terima kasih kawan baru,terima kasih kawan sedormku,terima kasih kawan serumah sukan ku...terima kasih kawan sekelas dan terima kasih kawan seeditorial....anda semua memang baik dan best....

entah mengapa inginku katakan.....kawan baruku attokk ada berkata...yg kita budak jenan bagai keluarga....bagai saudara .....andai ada salah silapku...sila hubungi aku....tq...

Selasa, 16 Disember 2008

MALAYTRIP I: Erti Sebenar Kawan

well.kawan boleh dbahagikan dalam bebrapa kategori.kenalan,kawan biasa,kawan atas kawan,kawan sesekolah,kawan sebatch,kawan sebilik,kawan sekelas,kawan baik,dan kawan istimewa...

trip aku baru2 ini ke taiping memberi erti baru utk aku memahami ttg kawan..well...aku travel bersama ngan kawan yg ak anggap sebagai kawan baik aku yg memang setia ngan ak...ak bersama YB akram nasution..well..dia benar2 memberi maksud kawan baik kepada aku..ingin ku pinta maaf kepadanya...begitu baik melayan kerenahku..

ak juga bersama andy(member akram),aufa dan shak si kumbang khayal.aufa dan shak memberi definisi baru kepadaku..shak adalah member sedorm ak yg agak rapat dgn ku,manakala aufa memberi definisi member sebatch kepadaku..harap anda berdua tidak terasa apa yg ak tuliskan ini..

sory to miss aufa,mungkin khilafku masa dulu masih membayangi idup aku..harap ko sudi memaafkan aku seikhlasnya.ak tidak dapat utk berinteraksi semesra yg mungkin dgn ko..tahniah juga aku ungkapkan kepada mu..walaupun cara mu bersosial mungkin dipandang serong sesetengah pihak...namun ku ucap tahniah pdmu..jati diri teguh dan pegangan agama mu sungguh terpuji....hope no hard feeling after u read this post k?

berbalik kepada topik...aufa dan shak memberi definisi baru kepadaku tentang erti sebenar kawan...kawan baik dlm senario ini....well.....bak kata org diluar sana...lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik...well...korang berdua berjaya memberi gambaran sebenar dan menafikan perkara ini kepada aku..

andy pula.....seronok ak dpt kenal member seperti beliau...walau baru ku kenal...namun ku dapt merasa keikhlasan beliau dlm berkwn...

terima kasih kalian semua....kalian telah memberi aku satu definisi baru tentang erti sebenarnya berkawan.....dn erti kawan itu sendiri....andai aku tercampak jauh ke dimensi lain..tidak aku lupa kalian semua..

maaf jika post ini terlalu terbuka penulisannya....jika ada sebarang ketidakpuas hatian,sila hubungi saya....

berhubung perjlanan aku ke taiping...akan ku tulis pula di post lain sebaik sahaja gambar2 diterima dan masa mengizinkan....insyaAllah...

asalamualikum....

Khamis, 11 Disember 2008

suasana raya korban dan family



salam.
raya korban menjelma lagik.macam biasa.di perak tiada yg meriah utk perayaan ini di perak.bukan semeriah di pantai timur.memang agak cemburu memikirkan suasana di erak dan di pantai timur.sepatutnya raya korban ini yg dirai sebaik dan semeriahnya.

namun apa seronok ialah kemesraan kekeluargaan yg dirasa.dengan penambahan ahli keluarga.dapat kakak baru..besh gak..hmm...

aku sebenarnya sedang melepk di starbuck kotaraya..diiringi kesejukan hujan asid kuala lumpur.x banyak idea hendak ku tulis disini.mungkin kerana tidak biasa melepak i tempat high class sebegini..

mungkin ada lagi sambungan utk post ini..banyak sebenarnya perspektifku berkenaan cuti raya haji ini sebenrnya...namun beku dek kesejukan hujan asid ini...

.pendekar pancit.



.
senyum sakan

Rabu, 10 Disember 2008

professionalism and diplomatist?!?!

Perkataan yg memang macam bosan nak dengar...tp cuba fikirkan .renung pengalaman anda.pernahkah sifat ini menyelamatkan anda?pernahkah sifat ini pernah membantu anda?

sebagai seorang remaja.yg sebenarnya yg sudah hampir ke alam dewasa.bertindak keanarchism , rebellious memang sebati dengan jiwa gelora membara anak muda.penat menjadi hypocrite semata2 x paham tentang professionalism.sanggup bermuka,bertindak hentam keromo,dengan kata lain membabi buta sahaja..

aku baru sedar bahwa bukan susah untuk mengaplikasikan perkara ini dalam hidup.perlu sedikit kesopanan dan kebijaksanaan.the benefit to be a professional and diplomatist is you akan merasa selesa apabila semua kerja anda dilakukan dalam channel yg betul,yg penting sah.Jiwa aman,minda x berserabut.dan paling penting,anda tidak perlu lagi memikirkan pelan2 dan segala 'blueprint' utk meloloskan diri anda dr segala kemungkinan.

mungkin agak berserabut penerangan aku bukan?
contohnya begini.bayangkan esok anda ada kuliah...hari ini anda perlu balik lewat dan hampir 100 percent anda tidak akan dapat hadir ke kuliah yg amat penting itu.atas kerana kesedaran bahwa ilmu itu berharga dan attendance juga bernilai amat.
apa yg anda perlu lakukan hanyalah menjadi seorang professional dan diplomatist.
pergi sahaja ke bilik pensyarah anda.bincangkan masalah,dan cari penyelesaian ..kelebihan yg bakal anda dapat,mengikut tuah dan rezeki,anda x dikra ponteng dan mungkin anda dapat satu slot consultation hour bersama pesyarah kesayangan anda.mudah bukan?

kadangkala,penat juga menjadi anarchist dan rebellions ini..penat nak memikir perkara yg tidak seharusnya...

Selasa, 9 Disember 2008

love to be invisible

oh man!!....sometimes...i just love to be invisible....we can talk, give opinions, give thought independently...without response...just full of silence.....best x?even though we fell like we are like been discriminate.... but wut I feel that I just satisfied.....I can freely give my piece of mind...
weird huh?

but on the other hand...there are people that just love to be in the limelight... hey!!x rimas ker?
ader arrr member aku nie....kalo time2 nak pertolongan kerw...buah fikiran ker....die sah2 jd spoiler x pon wat masalah x pon x nak co-operate...but...when die ni less needed...tiba2 saja dia nie ader lak idea nak wat tu lah nak wat nie lah....adeh......just love the limelight huh?tol x AKRAM?ader kan orang cam nie kan akram?kalo bahser standart ske wat star....waakakka...

so...just like wut i said....it is good to be invisible....but for short period though...wakakaaka

Ahad, 30 November 2008

My Desktop make me crazy....

salaamm...
you'all remember about my desktop....with old spec that made even bill gate's maid pon boleh kasik gelak goleng2...well....setelah menabung....aku dah upgrade dah pc tue sket...kasik tambah ram ngan display adapters....dah okey da...tp memng pc tue wat aku jd gila...

1st....giler nak main game....sebab gambor dah lawo...
2nd...giler sbb sahari x hang sekalik x sah....kene godek2....adeh..

in a nutshell.....eventhough it made me crazy...but I love my PC!!!duhh........

Khamis, 6 November 2008

[despresi][ aspirasi]=[harapan]

(despresi)( aspirasi)= harapan.
mungkin itu sahaja persamaan yg boleh aku buat buat masa ini.mungkin persamaan ini sahaja yg boleh memberi persektif positif buat aku tika dan saat ini.ketika peluang dan masa berlalu,melintas di depan mata si alpa yg hina ini dibiarkan begitu sahaja.
baru sahaja keputusan exam keluar petang td,kira2 pukul 5.namun despresi terus menekan kepala dogol yg berkilat ini.terus terasa sembilu yg menusuk dalam terus ke hati yg buta,penuh titik2 hitam.....agak berat utk ku menekan papan kekunci ini.sukar utk dibayangkan .hanya kerana satu perkataan iaitu GAGAL.

GAGAL....sudah lama tidak ku dengar perkataan itu.perkataan itu hanya kedengaran ketika dibangku sekolah.tapi kini berkumandang kembali.hmmm...berat rasa nak ku telan perkataan ni kembali..

namun,tidak ku kata aku takut utk gagal.Hamba Allah yg takut gagal adalah hambaNya yg tidak percaya adanya Dia.dan takut gagal adalah gagal yg sejati.aku tidak takut.tapi aku tertekan kerana sindrom gagal kembali beritma dalam kotak mindaku kembali.

cgpa ku merudum mengikut aliran daya projectile....seperti aku sengaja melastik masa hadapan ku di tebing laut yg semestinya membawaku hanyut dan larut, x sempat berpaut.fuuhh...bersih aku dibasuh oleh ayah ...nasib baik cgpaku tak jatuh bebas mengikut pecutan 9.8m/s..kalau tidak ...nahas....nahas aku...

namun sebenarnya gagal ku kali ini hanya kegagalan kecil yg peratusan nya sidikit pun x mengganggu cgpa aku...tp masih perit nak terima...gagal x bermakna bagi sesetengah pihak.

mmm...aku harap persamaan aku diatas td dapat berhasil kali ini.despresi darab aspirasi menjadi harapan.tidak aku mahu kegagalan kecil ini menjadi noktah segala-galanya..

Ya Allah,ampunkan dosaku.Memang aku sering meninggalkan suruhanMu,tapi tolonglah ya Allah...kembalikan ku ke tujuan asalku ke mari,telah kau beri jalan kepadaku utk berjihad fisabilillah kepadamu,utk dekatkan diri yg hina ini kepadamu,sesungguknya Kau yg Maha Berkuasa,jangan kau tutup jalan itu kepadaku,ku x sanggup meninggalkannya.Jauhkan ku dari hasutan nafsu diri utk tidak terus belajar dan hasutan kepadaku utk tidak berbakti kepada hambaMu.kuatkan semangatku ya Allah utk dekat padaMu,ku terima ujian ini dengan redha....amiiiinnn....................

Isnin, 3 November 2008

Retrospektif di Matrik Penjara PJ

salaam....hmm...dilihat kurang aktif semua kaki2 blog ek....maybe musim exam kot.mm..aku pn x pasti kenapa harus ku post kt blog aku yg aku raser macam makin x laku...aah persetan,nie media bagiku,melepas buhsan dan tekanan serta idea2 karut atau melalutku.

feehhh..hampir dua minggu di rumah , mati akal ku yg x seberapa panjang. berseronok bersama ahnaf,si hantu makan dan mat ja si hantu sukan di Lost world..mati kutu beb...nak bawak keter,aku dah karat,lesen aku macam kener amek balik ja...macam bodoh...

ngadap pc yg tua,old school....Pc warisan akak aku..peh...spec die menangis beb...pakai pentium 4,motherboard ddr!!graphic card...peh....256mb agp slot tau.....peh....gelak bill gates kalo tgk pc aku...nak aku mintak baru...kesian lak bapak ngan mak aku...aku raser bukan ja bill gates....orang gaji die puyer anjing tgk ponk leh gelak sampai kentut berdarah....sedeh2....x per la...ku angkut jua demi nak blajor programming...
mm....sem baru...macam biasa mesti datang dengan azam baru...tp menurut retrospectifnya....mesti sikitnya peratusan azam ku sampai digapai..

AZAM DAN HASILNYA!!
  1. sem satu,baru kenal KL, azam - pointer mau tinggi,x mau buri. hasil -alhamdulillah...pointer okey....
  2. sem 2- abeh....dah bleh wat member...ader geng arr kirer...secerok KL aku nak jejak... Azam-maintain pointer..... hasil- mmm boleylah tahan...boley bangger arr gak....
  3. short shem...ehehehmmm...duit x dak....x leh enjoy....azam- naikkan pointer,insaf sem 2, hasil-mm...study kuatdah,rapat la ngan che di-si kuat study,tp pointer jahanam...sebab math yg susah...
  4. sem I o8/09....hemmm jd second year...wahhh....bleh debe sket....bilik baru pindah time short sem dah....abeh....azam-naikkan pointer,study lagik hard. hasil-lagi jahanam bertambah haru....nie tengah ketor lutut nak tunggu result..
  5. sem baru!!my last sem...insyaAllah....Azam-study kuat,pc tue bawak sebab nak kontrol duit ,sebab nk blajor com 2 hasil-??????
mmm..ntahler.....x tau aper aku nak cakap...harap tuhan jer la kuatkan hati...ader lagik aku nk try sem baru,aku nak try aktif kt matrix penjara pj tue...maner tau...kot2 membantu segala sudut....(kot2 leh dapat aawek ka)wwkakak...so...aku harap aku dapat buat sambungan post nie dan aku akan lengkapkan hasil utk azam aku nie...wkaaka...dan harap2 tyme aku tulis post tuh aku dah wat ungs dah...

Azam..azam nie bagi aku satu bentuk motivasi dan matlamat utk dipenuhkan.aku nie sebenrnya x suka sgt berazam2 nie....bg aku,...mender nie lebeh kepada bagi kerja utk diri sendiri utk dilengkapkan.hidup mesti ader hala tuju....kalo tidak berat la...tol x?
so,aku try berazam,maner tau leh tolong hidup aku yg tonggang talabik nie...berat sebenarnya ku nak terus belajar kt situ....tp like in english ....the road had been taken,i choose this pathway,I must go ahead without turning back...wkakaka....so....kene arr kuatkan hati gak.....

hope my azam will be fulfill this sem...wish me luck 4 my muet and result k?salam....

Sabtu, 18 Oktober 2008

HEDONISTIC SATANIC!!and my battle end.....thank-god!!!

Asalamualikum,
After being tortured and depressed in almost two week time,finally my battle with paper and pen ended.well,its been a really bad week and nightmare for me for this semester final exam.I dunno,I just think I also had that ADHD that shak wrote at his block.well,really.What I'm try to gain in last minutes was gone with the wind.I became really stressed out after my last paper.it takes about hours for me to recover back.it also make massive hair lost....



so,after had a bad experienced,I realize..that we always not to get what we want actually,except in the will of Allah,it is He that determine all happened ,either good or bad...yes!this is what I need to understand.I think, I am to drift away from Him,to busy with stupid hedonism that blacken my heart and soul.

it is rally important to get Allah's bless,or KEBERKATAN.

I think I really need to reflect my self deeply.....



HEDONISTIC SATANIC.

KAU BANGUN TIDO,KAU BUKA TV,
TENGOK CERITA MENGARUT,MEMAKI DAN MEMBENCI,
TENGOK PEREMPUAN BUKA SANA ,BUKAK SINI,
APA KAU TAU KO GELAK,SENYUM SAMPAI NAMPAK PENUH GIGI.

BEGITU JUGA BILA KAU BUKAK PC,
MAIN GAME TAK INGAT SAMPAI KE PAGI,
INTERNET DISALAH GUNA,BUKAN UTK MENCAKNA MINDA,
MUAT TURUN CERITA PORNO,ITU SAHAJA KAU TAHU.

MEMBACA MEMANG MENJANA MINDA,
TAPI APA KAU TAHU,BACA MAJALAH DAN KOMIK SAHAJA,
KENAPA TIDAK AKHBAR ATAU BUKU KIMIA?
ITU SEMUA TIDAK PENTING,ITU SEMUA DUNIA!!!

NAMPAKNYA KAU TELAH DIJAJAH!!
DIJAJAH OLEH YAHUDI LAKNATULLAH!!
PENJAJAHAN BARU BUKAN MACAM DAHULU!!
DIJAJAH MINDA YG BIKIN HATI JADI BATU!!!

BEBASKAN DIRIMU WAHAI SAUDARA SEISLAMKU,
JAUHKAN DIRI DARI PENJAJAHAN BARU,
ITU SEMUA DAKYAH TERBARU,
AGENDA YAHUDI !! SI CELAKA NO SATU.

HEDONICTIC SATANIC!!!

Sekadar coretan hatiku yg meronta,ingin aku jeritkan ke seluruh dunia Islam,apa yg aku rasa.Budaya hedonistic adalah salah satu agenda yahudi,ini utk melemahkan taqwa kita kepada Yg Maha Esa,mengurangkan ukwah sesama saudara...sebab itu ku panggil hedonistic satanic.......

kenapa umur Adolf Hitler begitu pendek?kenapa beliau tiada pewaris?jika tidak,alangkah bagusnya,bayangkan hidup tanpa mereka...

tiada lagi propaganda merosak minda,tidaklah jatuh kerajaan Islam yg bertahta,tidaklah gamat ekonomi dunia setiap angka lapan yg menjelma pada tahun masihi,
ini satu fakta yg menenarik,kejatuhan ekonomi dunia akan berlaku pada setiap 10 tahun,dimasabila angka 8 muncul,yg aku dapat tahu,ini bermula thn 1988,dikuti 1998,dan thn ini 2008..!!!so, apakah persektif anda tentang ini>>???

Jumaat, 10 Oktober 2008

Vortex Masa

Vortex Masa....Apa itu vortex???Mungkin ramai antara kita yg tahu apa itu vortex.
betulkan aku kalau aku salah dalam pemahaman aku terhadap vortex.

vortex adalah keadaan dimana keadaan yg berpusing,berputar...

Ku kini berada dalam votex masa....segalanya bakal berubah kembali....


kesimpulannya......exam week sucks!!

Khamis, 9 Oktober 2008

YOU AND YOURSELF : DO YOU REALLY KNOW WHO YOU ARE?

OPTIMISTIC BOMBASTIC

Back in Ramadhan, I went to visit my friend at UiTM Shah Alam.Actually, he invite me to have a iftar with him.He kindly willing to pick me up with his Honda Wave.Very kind of him.

Suddenly it actually an iftar of a business community that he joined, well...it seem a little bit hard to be to blend with his comrade since I'm not really into this field.(pernah try tapi cam x leh gi ja)

So,we had a good iftar there,the food was fine.very good indeed.After that, I went to hang up and finally decide to spend a night him there.

Later, around 0100, I think,we decide to loafing at maple.With kind of cold climate,we chat.
suddenly I really impress with him.He actually a really optimistic and I have to say the most optimistic person I have ever recognized.He really positive in his live,his business and his thought.He seems not like a 18 years old boy. Man!! at this point, I realize that,we actually not recognize our own friends,and also our own self!!

YOU AND YOURSELF
Well,I know him about 5 years now,but I'm surprised that he is different than I thought.That make me think that I even not recognize my self.

So,do you know yourself?Do you really know who you are?

As for me,what I know that;
  • I'm just a middle-class student with some bad attitudes.
  • A child that hiding with big lies and full hypocrisy with his family.
  • A friend that value friendship.

That what I know about myself for now.There a still certain things that still undefined/unidentified with my self.

Am I really a good friends? Am I really good student? Am I liked by others? Do I suck?Do others fell good with me?

SO.........I want to ask you,DO you REALLY RECOGNIZE YOURSELF?especially to all my fellow bloggers...DO YOU?

Kindly, I hope you can left me comments and say what do you think about me...frankly,I really needed your help to identifies myself.

Rabu, 8 Oktober 2008

Selamat Hari Raya!!!

Salam,
Lama sudah ku x menulis di sini,mingkin kerana hilang mood atau terlalu tertekan memikirkan exam yg bakal berlangsung.Sebenarnya,begitu banyak coretan yg tertanggung untuk ku coretkan di sini.Makin hanyut diulit masa,mungkin ku akan mula aktif kembali dikala cuti menjelma.
Di kesempatan ini,saya ,insan bernama Melodijiwasepi aka Fikri Rezzi Bin Basarudin aka Terk,ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan ampun daku di bulan syawal mulia ini.andai ada yg mengguris hati.terutama kata2 yg dihambur dr mulut ku,tingkah laku yg mungkin sakit mata memandang .harap diampun..
terutama rakan2 lama, terutama rakan sepermainan di Jenan;
Krebat,Mache,gtong,uzet,atat,term,jabir,pak arm,ejam
-->anda semua begitu berjasa kepadaku,x dapat kubalas segala ihsan dan jasa anda
next to all blogger-shak,aleen,alan,aufa,krebat and others (sorry if you're not listed)
thanks because you all spend your time to view my perspective here.

Selasa, 23 September 2008

Berbuka Bersama Rakan Sepermainan




DI KL SENTRAL :13 SEPT 2008 ,IFTAR JAM'IE AL-eXPLODE 0206

pada 13 september,berlakulah event yg telah lama mengusutkan kepala merunsingkan paler otak en mache meruntun jiwa en ejam dan menaikkan bil saya.oh terlupa,en YB KRe sekali
telah berlaku Iftar di KL Sentral.Sambutan menggalakkan.ku harap berbelas x sampai,namun muncul dari segenap pelusuk wilayah persekutuan,n9 dan pahang meraikan majlis tersebut.hampir 30++ manusia terkumpul bersama.

terharu,terkedu,gembira.semua bercampur baur.telah bersua kembali muka2 menyeri hidupku di jelapang padi dahulu kala.

hampir terharu dapt juga ku berjumpa mr owen,ooh...mungkin syeikh owen lebih sesuai.rasa tertebus dosa kerna x mengucap selamat ketika beliau hendak ke mesir dahulu.

MERAKAM MEMORI BERSAMA SYEIKH OWEN

gembira ku mendengar bahwa 2-3 org rakan ku bakal terbang berjihad di luar.termanggu ku memikir nasib ku yg hanya bertapak di Malaya.mungkin x mengapa kerana penuntut dunia terbang berjumpa ku.ku cuba berpikir positive tatkala memikir aku setaraf mereka.aahh..persetan semua....itu semua dunia..

maafku kepada rakan2 wanita yg hadir pd hari itu,x dpt lagi ku membuat lawak sercastik spastik seperti dahulu.mungkin efek setelah ku menjujung nama IIUM di batu jembala aku...harap maaf.....

beberapa tatapan gambar buat semua:


Selasa, 16 September 2008

Dari Teras Metropolis

Dari pudu ke masjid India

tepat 7 september.aku pulang dari kampung halaman kembali ke lubuk permainan metropolis.setiba di pudu,sahabat-sahabat lama sepermainan mengajak ku berjalan2 ke Masjid India.alasan utk mencari songkok untuk menyambut hari raya.menunggu di hadapan masjid jamek.ku lihat ramai orang berpusu-pusu kesini dan kesana,sibuk,kelam kabut.Lemas dan khayal ku di hidangi juadah kesibukan kota.
memang sibuk kota ini, tidak pernah sepi dengan manusia,tak mengira masa agaknya.secukupnya korum berempat.aku ditemani si YB,Mache dan Edy-rakan se University.menapak aku ke masjid india.baru ku tahu dekat sahaja masjid india dari masjid jamek..ku ingat jauh berbatu2.rupanya hanya dekat,nun hanya di belakang.

terkedu aku ketika ingin membeli jam.jam 'replika'.memang lawa.jika dahulu jam jenis ini dipanggil jam tiruan.tp kini berubah nama.
"abg,berapa jam ini bang,cantik ni," ku tanya
"emm,yg ini murah ja dik,Rm65 ja.bagus ni dik,tali besi stainless stell,x karat punya!baru lagi design ni!,"kempen beliau.
"ye ker?,Rm5o bley bang?"kutawar pdnya.
"mm,kalo adek nak beli Rm55 boley ar abg bagi,"persetujuan hampir diterima.
"erk,x per arr bang,sayer nak gi tengok2 duu,nanti saya patah balik,"ku balas.
"hEY!!Aaper NIE?TOLAK TUAH NAMERNYER TU !!NIE YG SELALU ORG MARAH NIE,TAWAR2 PASTU LARI!!"Brother td bertempek.

mmm.dimanakah kemesraan JLN Masjid India Kuala Lumpur.Yg pernah menjadi keselesaan terutamanya bagi org melayu utk membeli belah.mengapa berubah kemesraan peniaga disini.mengapa sudah menghampiri ke'mesra'an di Jln Petaling.Mengapa?

adakah salah utk bertanya?adakah salah melihat2 harga.seperti ku org bujang.perlu di budget segala.
lantas selepas itu ku menemani si Kre membeli songkok.wa.sakan juga rakan ku memilih.di sini ku lampirkan gambarnya bersama songkok tinggi unik bombastik.




memang seronok ke sana,melihat keramaian manusia,bershopping raya.Setelah habis di masjid india.kami melepak di masjid jamek.berpesta gambar.lalu kami ke sentral bila senja menjelma.menjenguk keadaan disana utk menetapkan adakah di sini rakan2 satu generasi di jenan bakal berbuka.menjelang 6.30 ptg.memang Kl sentral x sesibuk di foodcourt lain atau di maple-"me pel ".lain.memang sesuai explode disini.berjumpa dan berpesta.bergurau senda pada 13 sept nanti.

beberapa gambar menarik jd tatapan:












Isnin, 15 September 2008

MElodika JIwa SepI's PErsPektiVE : apa ku lihat Ku coret...

Menjawab petanyaan Si Kumbang....apa definisi blog ku ini....
di sini aku cuba menjawap pertayaan anda....

Melodika JIwa Sepi
itu mewakili diriku......mesti ada yg tertanya...mengapa namanya melodikajiwasepi?mmmm......setiap jiwa mesti terdetik,dan berdetik.....detikan itulah melodika jiwa anda......merujuk nama diatas........detikan jiwaku adalah detikan detikan berirama sepi......
walau apa yg berlaku......kesepian tetap melanda....JAdi APA MELODIKA JIWA ANDA???

Keseluruhannya
blog ini adalah perspektiveku......setiap pandangan dan kritikan yg melintas di jiwa...di minda.......
apa yg dapat ku lihat di mataku ,yg terlintas di mindaku....aku cuba coret di lembaran elektronik ini...diharap dapat berkongsi dengan anda semua.....

aku kini beubah dari seorang pelajar yg terperap di kolejnya,,,kepada seorang pengembara muda.....insyaAllah tiada halangan...ku cuba jejaki rakan2 seluruh Malaya.....ingin ku lihat dunia mereka....
agar dapat ku coret di masa hadapan kelak!!!

Khamis, 11 September 2008

ku di tag.kini menge'tag' kembali...

just new in this area......i'll give a try..wakakak


1. The person who last tag you is:
Si kumbang khayal si Shak

2. Your relationship with him/her is:
Rakan Sepermainan,semandian,semakanan,setiduran back in Jenan

3. Your five impression of him/her:
i)stylo kot
ii)pemalas NAuZuBiLLAH
iii)ermmm..adakah beliau masih gay?
iv) jiwa bebas indie
v) penuh idea kreatif

4. The most memorable thing he/she had done for you:
mencurah sebaldi air sejuk di tepi pdg ketika final mpp cup.....sexy I tau!huhu..

5. The most memorable thing he/she had said to you:
ahh..malaih...

6. If he/she become your lover, you will:
become a gay arr...duhh!!

7. If he/she become your lover, thing he/she has to improve on will be:
no comment..can I pass that ques?

8. If he/she become your enemy, you will:
x mungkin dan x mungkin...kalo mungkin...aku nak tembak die gune submachine mafia...
cam cite Godfather...wakakak

9. If he/she become your enemy, the reason will be:
~die hensem...ye ker?

10. The most desired thing you want to do for him/her now is:
nak kasi pecah vespa die

11. Your overall impression of him/her is:
cool and groovy...

12. How you think people around you will feel about you?:
no feel kort

13. The characters you love of yourself are:
saya seorang yg seguain dan sarcastic..wakakaka

14. On the contrary, the characters you hate yourself are:
ader ker?x der kot....

15. The most ideal person you want to be is:
just my self....watper nak jadi org lain?

16. For people that care and like you, say something to them:
May only God blesss them...

17. Pass this quiz to 5 persons that you wished to know how they feel about you:

#1.shak si kumbangmabuk
#2. akram si YB
#3. azlan hussin a.k.a lan jang
#4. Alenn
#5. Nazi

18. Who is no.1 having relationship with?
Sorry..sayer x suker jage tepi kain org....

19. Is no.4 a male or female?
Female....

20. If no.3 and 5 are together, will it be a good thing?
walaupun saling x mengenali...namun mereka jika digandingkan...bagaikan KLCC...dua2
panjang siout...

21. What is no.2 studying about?
-economy yg sedang gawat.....

23. When was the last time you had a chat with no.3?
mmmm.....x lebeh setahun kebelakangan ini...

24. What kind of music band does no.4 like?
x tau arr beb....kalo x lagu jiwang lagu nasyeed kort?huhuaa

25. Does no.1 have any siblings?
- ada2..

26. Will you woo no.2?-
adakah woo tue sejenis makhluk?

27. How about no.4?
apsal lah ko x bgtau aku woo tue aper?

28. Is no.1 single?
berdua lebih baik .,..

29. What is the surname of no.3?
Panjang

30. What’s the hobby of no.5?
tido

31. Does no.1 and 5 get along well?
- mereka tidak berkaitan

32. Where is no.2 studying at?
- same with me....IIUM...

33. Talk something casually about no.1:
bermotor vespa ke mana2

34. Have you tried developing feelings for no.3?
alan adalah roomate dan klassmate ku dahulu..kini...sob2...km berjauhan..

35. Where does no.5 live at?
-Johor darul takzim

36. What colour does no.2 like?
- warna biru keadilan

37. Are no.3 and 1 best friend?
- yes,sebab mereka adalah roomate ku dahulu

38. Does no.3 have any pets?
- sepasang kaki

39. Is no.1 the sexiest person in the world?
x tau nak kata

40. What is no.5 doing now?
- munkin tido di dorm

Jumaat, 5 September 2008

Kekalutan Melanda

bangun pagi...
bulan puasa...bleh lak "eksiden" di alam kedua..tidurku x sampai sejam....dahlah bulan ramadhan.
adrenalinku terus melonjak tatkala melihat jam ...aku sudah lambat hendak ke kelas.
sudah siap siaga hendak mula hari baru.boleh pulak mata keduaku lesap dari simpanan....sejam pula ku cari...miss kelas pagi. Jahanam!! Chem 2 aku!dua jam sudah ku x dengar lacture Mdm kesayangan.Etah apa pula perihal hydrocarbon yg diterang kali ini.terpaksa aku plan utk mencari nota utk disalin nanti.Penat ramadhan belum dapat kurasa...tatkala setiap hari ku di sini asal siang jadi malam,asal malam jadi siang.Ke Laut pahala puasa ku.

petang ini,merangkak pula aku ke Puduraya.Menuggu bus kesayangan.pulang ke kampung halaman.kasihan org tuaku.hanya berdua di pekan kecil itu.nampak gaya seperti aku bertukar giliran dengan alongku.minggu lepas dia balik bersama familynya.minggu ini aku pula mengisi teratak bonda.mungkin bonda masih marah kepadaku.kerana enggan balik minggu lalu.

apa yg pasti,akan ku kembali ke negeri ku menjelang senja.meninggalkan seketika bumi selangor dan KL yg senantiasa bikin ku kalut dan serabut.x sabar melihat wajah org tua ku..mungkin aku sekali lagi kembali sebagai anak mereka yg menurut kata,tanpa segala helahku terbongkar..

Khamis, 4 September 2008

Welcome to MelodikaJiwaSepi's Perspective

Alhamdulillah...
Finally,this Blog has born in the cyberworld...tHANKS to my friends especially my best buddy..
Akram Nasution<riwayatsejagat.blogspot.com> that open my mind and eyes to the blogger world...
I'll conduct this blog bilingually....it's according to my mood and story that I will write.....insyaAllah...with all your support...this blog can open up your mind and my mind as well....
Hope you all enjoy surfing this blog...


THanK Ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...