Ahad, 26 September 2010

jangan tunggu lama-lama...nanti.....

hi.semalam baru saja pulang dari beraya di rumah pak lang kawan aku,faiz.
tapi tak beraya sgt la,cuma menjadi handyman di sana.tolong angkat lauk ,susun-susun dan paling best,basuh pinggan.

Tapi apa yang menarik sekali tentang keluarga pak lang ialah dia mempunyai keluarga yg besar, big family.yang aku tak pernah rasa sudah sekian lama. hampir mungkin 18 tahun aku x merasa ....punyai keluarga besar.penat memang penat semalam....tapi aku dapat merasa keindahan berkeluarga besar.

dan satu lagi yang best tentang semalam,semalam telahmembawa aku ke kehidupan aku pada masa lampau.ini disebabkan pak lang tersebut adalah seorang pegawai polis yang akan bersara,so, majlis open house nya tak ubah mengimbau kehidupanaku sebagai salah seorang anak pegawai polis.dan apa akan terjadi dalam kehidupan pak lang juga akan menjadi seperti mana ayahku dahulu.tapi dengan skala yang lebih besar.

haha....perihal kehidupan polis pencen ini mungkin akan ku coret pada masa hadapan.



smalam juga aku ada hubungi rakan sepejuangan ku di Jenan,bertanya khabar dan mengucapkan hari raya.

nampaknya,rakanku itu ada kemajuan dalam hidupnya.sudah bersedia semula mengambil risiko dan mula hendak bermain cinta. hmmm....aku?bila lagi ya?

menyesal atau tidak,satu lagi kesilapan telah aku lakukan,dan kesilapan ini yang memang selalu aku lakukan iaitu lambat bertindak..semalam ku bayangkan hendak tidur dengan muka tersenyum...namun keputusanya aku bangun dengan penuh penyesalan,serabut dan kesedihan..dulu dia yang aku tunggu,menunggu masa sesuai untuk aku luahkan,tup tup.....aku terima khabar dia telah maju kehadapan...aku juga yang tertinggal terkapai2 dan terpendam perasaan,punah harapan.

pesan dari aku yang berpengalaman,sila jangan pendam perasaan anda jika anda ada menaruh perasaan terhadap seseorang.

mm....tiba2 rasa nak layan lagu ol'skool....Jangan tunggu lama2...hahah.....

Sabtu, 21 Ogos 2010

[Unofficial MV] SNSD - Echo

kepada exploders...

salam,
sudah lama x tulih kt blog nie...nie ponk ntah ader org ke tak bace nih.
berbuka dan sahur esk akan diraikan dengan rakan2 sepejuangan Jenan yg dicintai.
wah...penuh expectation utk hari esk..

tapi,begitulah hidup."high school never ends",walau ada rakan2 baru di ipt,perasaan tuh tetap berbeza..jikalau ada rakan sejenan hubungi utk berjumpa,secara x semena2 terus je gi stat moto dan pergi...lain sungguh perasan.
rakan sama sekolah menengah memang berada dalam ketagori yg berbeza.berbeza dari semua segi.

aku mengaku aku pernah cuba utk "lost contact" ngan dak2 explode nih...tp mmg x berjaya.Rationalnya,mereka inilah yg telah banyak membentuk aku menjadi aku .mereka inilah yg mengenal aku sekenal2nya.mereka inilah yg turut bersedih dengan kesedihanku,dan turut gembira dgn kegembiraan ku.
mereka jugalah yg tertawa dengan gurauan ku,dan tidak kurang juga,mereka juga ada yg terasa dengan kutukan dan makian aku.

betul kata abg ku,rakan sesekolah menengahlah kawan yg paling kau akan percaya,yg paling ko akan ingat..
biar sampai kepala beruban penuh dan botak tengah..haha..

21/8,kita akan berkumpul lagi...akan melepak sampai pagi...akan berbual sampai kering tekak,akan ketawa sampai kering gusi..mm...aku cadangkan bia aktiviti bukak puasa nih kita wat sebagai aktiviti tahunan..

kepada rakan explode,di bulan ramadhan nih,maaf kan aku jikalau ada antara kalian aku sudah tidak bertanya kabar,atau ada yg terasa pada tintak tandukku,dan apa yang aku ingin katakan,biarlah apa yang sudah terjadi kepada diriku,biar apa yg telah diperkatakan tentang aku,aku tetap aku,tetap Terk yg korang kenal...

salam.....

Ahad, 4 Julai 2010

skrip kosong untuk aku.

suka aku melihat sekeliling hidup aku.
semuanya ada cerita mereka masing-masing...ada yang bergembira,ada yang cuba menerangkan sesuatu,ada yang bercinta, ada yang berduka,ada yang menangis, ada yang tertawa.

tapi aku?hmm...tak ada apa-apa yang berlaku dalam hidup ini buat sementara waktu ini..begitu statik...tiada drama.tiada komedi,tiada melankolik atau romantik..hanya tenang dan kosong...tiada berirama tanggo ataupun chacha...tiada balada ataupun bossanova...sepi....ditemani sepoi-sepoi angin gunung-ganang sempadan perak-kelantan...ditemani derusan keruh air sungai perak...diiringi bau durian dan tempoyak..

ada orang kata hidup ini adalah sebuah pementasan agung oleh Tuhan,yang dimana kita ini adalah para pelakonnya..jika benar kata-kata itu,sudah pasti aku hanyalah seorang pelakon tambahan atau 'Pak Pacak' dibabak2 ketika ini...kerana skrip ku begitu kosong ....helaian kosong tiada cerita..

bulan-bulan lepas begitu dramatik skripku,ada melodrama,ada drama,ada melankolik,ada patriotik,ada bibit-bibit romantik tidak menjadi,tapi itu bulan-bulan lepas...bulan ini?kita tidak tahu lagi...

Isnin, 14 Jun 2010

sile jgn baca jika anda tidak betul2 bosan

memang bosan hidup diambang kedewasaan.segala-galanya begitu konkrit,kompleks dan berhubung kait.Siapa yang TIDAK SETUJU?sile tinggalkan e-mel anda ya..

yang pastinya mungkin itu lumrah kehidupan,dahulu segala-gala adalah baru dan indah.semuanya kita mahu lakukan tanpa ada kehirauan di batu jembala masing-masing masalah dan keraguan.di ambang kedewasaan ini kita perlu memproses segala-gala perkara yang kita nak buat dari sebelum berlaku hingga selepas berlaku sesuatu perbuatan itu.

pehh,serabut lak paler kalo baca ape aku ngarut kan?tapi cuba korang fikir balik la kan..mende ape lagi korang nak cube wat dalam idup ini?aku dah abeh idea nak wat ape...tiap2 hari bangun,gi kelas,study,makan,minum,ngadap pc .sampai naek lunyai badan.

ni aku nak cerita sikit cerita baru.ader sorang student ni,namanya H,pompuan la kan.aku dengar die nie macam baik,alim,ader agama la,ikut cakap mak bapak.tp yg aku dengar lak baru-baru ni,die ader balak namer R.

Si R ni same gak.sekali nengok mmg baek la bdakyer.tp nak dijdkan cerita,ader member baik aku ni nampak si H n R nie pegang tangan kt ader satu mall,dah la kau dgr dua2 nie dak persatuan agama ..astagfirullah..aku bukan nak judge pasal pegang tangan tu.tp nak judge pasal apprerance diorang ni kt mate masyarakat.
ok.mana lu org prefer ek? appearance clean ala2 innocent tp wat mender2 gini ker?atau yg appear mcm liar tp baik?

aku rasa kalo ader definisi yg tepat utk hipokrit,aku mmg define hipokrit kt org cmnie,iaitu org yg gne topeng agama tp still langgar batas agama..dan org yg masyarakat leh kategori baik tp still wat mender x baek..

lu org kalo lu org nak jd org beragama boleh...x der hal..nak masuk persatuan agama x der hal.tp jgn la bg malu nama persatuan agama kalo still nak wat mender2 maksiat.

baik jd cm gua, biar seploh org kata gua jahat,tp gua tetap wat mender baik...biar aku ,dan Dia yg tahu...

p/s: bab pegang tgn tuh x kompem tuh...hahah...kalo betul korang leh judge ape aku cube ketengahkan

Khamis, 3 Jun 2010

Aku Bersyukur kerana dikurnikan dia dalam hidup....

hari ini,aku bersyukur kepada Allah...kerana aku telah dikurniakan seorang teman yang aku rasa dapat membimbing aku ke jalan yang benar,yang aku rasa dapat memahami isi hati aku.

aku betul2 bersyukur kepada Allah...kerana dipertemukan aku insan sepertinya.
aku berdoa semoga persahabatan aku dengannya dapat kekal.dan dalam diam juga aku berdoa moga-moga ada jodohku dengan nya...kalau bukan dengannya...kudoakan insan yang sama dengannya...Aminn

Khamis, 27 Mei 2010

impiku terbang didepan mata..

aku bagaikan seorang badut
hidupku hanya utk melengkapkan persembahan
sentiasa cuba membahgiakan org lain.
tanpa hirau kebahgiaanku sendiri.

aku bagaikan seorang badut.
mungkin ada org yang bahgia jika aku ada
mungkin ada yg membenci
aku selalu cuba buat org ketawa
tapi diriku sendiri yg luka

sepertimana seorang badut
begitulah aku.
hanya diperlukan bila diperlukan
hanya pelengkap persembahan
jika ku tiada
tiada bezanya


pengajaran baru padaku hari ini.
jika hatimu sudah jatuh pada seseorang.
kamu mesti berani menyatakannya.
jikalau kamu mahu dirinya.
kamu mesti tidak membuang masa.
jika tidak,dirimu yang menerima padahnya.
buang segala kemungkinan lain.
sentiasa mengambil risiko.

hari ini, 27 may 2010.
aku gagal menggapai impi-impi2 ku.
sekeping hati gagal diperolehi.
ku doa dia bahgia bersamanya.

Isnin, 24 Mei 2010

SMSAH WIND ORCHESTRA..PERBEZAAN DARI SEREMBAN KE JITRA DAN CYBERJAYA KE JITRA...CERITA DISEBALINYA...

sepanjang aku berada dalam pasukan pancaragam,tiada apa yang lagi menggembirakan selain dari memenangi SBP wind orchestra 2004,dan tiada lagi yang lebih menyedihkan dari gagal mempertahankan kejuaraan tersebut.
apa yang aku ingin bongkar adalah kenapa dan bagaimana pasukan wind pada tahun 2004 itu menang dan kenapa pasukan 2005 kalah dari persektif aku sendiri.

rahsia 2004.
aku akan menceritakan dari persepktif aku bermula seawal 2002,pada tahun itu aku masuk dan terpesona dengan pancaragam.pada realitinya tiada yang harus dibanggakan untuk menyertai pancaragam,tiada prestasi membanggakan,alatan buruk,tidak diperuntukkan apa2 malahan tidak diharapkan apa2 dari seluruh warga jenan ketika itu.tapi ,itulah yang aku impikan pada masa itu,segalanya indah..

dengan segala kejian dan cacian senior dan rakan,aku tetap setia dengan pancaragam,dengan cacian mereka kami semua memeriahkan hari sukan tanpa gagal,dengan cacian mereka kami pergi ke function2 seluruh kedah..dengan cacian mereka juga kami memenangi pertandingan marching band kedah(bukan military band macam asma tuh ).kami mula melangkah sedikit demi sedikit.

tapi dengan segala cacian itulah yang membuatkan kami lebih kuat,lebih jitu.pada tahun 2004 itu,sebenarnya dalam diri aku,selain aku perlu berjuang utk piala itu,aku x nafikan aku ingin sekadar mengalahkan Alam Shah dan juga utk balik dan menutup segala mulut2 yang mencaci,kaki2 yang menerajang atas sebab kami budak band...

pada waktu sebelum pertandingan,di bilik persediaan,tiada apa selain dalam jiwa aku utk mencapai segala target dan mengalahkan alam shah..malahan,seluruh ahli band secara terang2an beramai2 bersorak utk mengalahkan alam shah...haha...mungkin kelaka kalau difikirkan kembali..

dan dengan sekadar itu...kami berupaya menggapai gelaran juara..aku ingat lagi...aku menangis ketika diumum juara...bukan apa...ini semua bagaikan mimpi bagi aku...yang pertama kali masuk pertandingan tersebut dan terus menang...dan ditambahlagi tangisan itu terjadi kerana aku tidak berjaya memainkan solo part aku dengan sempurna...itu yang sebenarnya yang aku tangiskan..pulang kami dengan penuh sorak sorai ke jitra..tapi tiada sorakan gembira yang nyata ketika kami jejak kaki di bumi jenan...aku rasa...kerana semua org terkejut agaknya..haha..ambil yg positive...haha


2005

dengan perasaan penuh yakin dan agak banga,pertandingan pada masa itu adalah yang aku paling tidak suka,ntah mengapa,semua ahli macam begitu bangga dengan kemenangan lalu...betul atau tidak aku tidak tahu.tapi aku dapat merasakannya.dengan angkuh kami taruhkan lagu yang jauh lebih  tinggi skillnya,dan aku harus akui,lagu-lagu tahun tersebut aku memang x master ..dengan angkuhnya,berblazer hitam berbow ...kami naik kepentas SSP...dan jauh disudut hati,aku sedar keangguhan telah membunuh kami.keangkuhan telah memakan segala ilmu yang aku ada bersama2 euphonium...betul atau tidak apa yang aku coret ini aku ponk tidak tahu..

tanpa lagi cacian yang teruk,tanpa makian pelajar lain,kami pergi bertanding kali ini.tanpa ada apa2 tekanan...tapi apa yang terjadi jauh dengan apa yang telah diimpikan..kami kalah dengan teruk..kami pulang dengan penuh kesuraman.dari cyberjaya hingga jitra...semuanya sugul,,x mampu ketawa...apa yang menemani jiwa aku ketika itu adalah lagu So7..."aku pulang...tanpa dendam.."


2006.
tiada lagi hati dan perasaan aku sekuat 2004 utk bertanding...segala2 berkaitan WO terus kabur dari ingatan aku...aku sendiri tidak ingat apa yang terjadi...apa yang aku tahu...sejurus habis WO..aku buang jauh2 segala hal kait mengait band dari diri aku...aku tidak langsung ambil peduli...aku langsung tidak kesah...maaf kepada dasuki...aku lari dari tanggungjwapku sebagai SU..aku semacam begitu kecewa...kalo ader sesiapa yang ingat apa terjadi WO 2006.tolong ceritakan kepadaku...kerana aku langsung tidak ingat apa yang berlaku..
mungkin kerana terlalu pahit untuk ditelan.terlalu perit untk dingat...


apa yang aku harap...SMSAH WO dapat kembali kepada standartnya seperti dulu...walau aku semacam tidak hiraukan lagi pertandingan ini...aku harap ,jika ada ahli WO yang baca ini....aku sentiasa menghembus irama Alvamar dalam nafasku,dan melodi Getaran dalam Jiwaku.....dan insyAllah..aku pasti turun memberi sokongan kali pertandingan tahun ini...insyAllah!!good luck!!

Rabu, 21 April 2010

Kegagalan Hanya Memberi Erti dalam Kehidupan

Gagal,sebut pasal perkataan ni mesti ramai yang rasa seram,atau tidak suke mendengarnya.Tapi pada hakikatnya gagal adalah satu proses dalam kehidupan.Sedarlah tanpa kegagalan,anda tidak berjaya atau tidak wujud seperti mana anda pada hari ini.

Jika kita singkap kembali proses kehidupan,kita sebenarnya melalui begitu banyak sesi kegagalan,bermula dengan proses utk seorang bayi untuk berjalan.jika tiada kegagalan semasa proses berjalan..anda mungkin adalah seorang MUTANT?!

begitu juga dengan proses belajar menulis,menaiki basikal,membawa kereta dan sebagainya.jadi kegagalan seharusnya sebati dalam kehidupan seorang manusia.Bukannya melihat kegagalan adalah satu perkara yang keji,hina atau tidak patut dilakukan.Ini terbukti jikalau kalian semua membaca biografi manusia-manusia berjaya di dunia.contohnya Bill Gates,berhenti belajar undang-undang.Tun Mahathir,antara manusia yang aku paling respect sekalipun pernah gagal.Jadi,apa yang ingin disarankan disini adalah,

                                            Jangan Takut Gagal,Kerana gagal adalah sebahagian dari hidup.


dan apa yang penting,setelah apa yang telah diusahakan,sepertimana dijanjikan Allah,setiap usaha ada pulangan nya,dan setiap akibat ada hikmahnya,dan yang paling utama,

                       yang baik dan buruk itu adalah datang dariNya..jadi SYUKURLAH!!

Ahad, 18 April 2010

iPad..mungkin hanya sekadar iPod besar?

Baru-baru ni, Apple telah melancarkan satu lagi spesis gajet baru...bernama iPad..
Kepala otak orang buat iPad nie memang bleh kasi respek..aku rase..mmg pandai pusing2 idea dari kejayaan iPod pada asalnya dan iPhone.


iPad nie adalah satu gajet yang boleh dikelaskan antara komputer tablet dan smartphone.dan juga boleh kelaskan diantara iphone dan ipod.iPad ini dikeluarkan dengan dua versi iaitu iPad 3g dan iPad biasa.Jika dilihat,aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam iPad nie tidak ubah seperti apa yg boleh dilakukan didalam iPod Touch,iPhone,dan sedikit kesamaan iMac.Untuk iPad biasa secara peribadinya aku cakap yang mende ni adalah sebijik iPod touch besar bersaiz 9.56 (H) x 7.47 (W) x 0.5 (D) inch.,dan untuk versi 3g lak bagai iPhone bagak..

tp satu maklumat utk semua,bagi versi 3g,aku rasa mmg rakyat 1Malaysia nie x leh nak pakai lagi,ini disebabkan walaupun jika kita baca pada laman web apple,mengatakan iPad ini menggunakan sim kad bersaiz kecil yg hanya ditawarkan oleh syarikat AT&T skang..

haha,tapi utk semua yang suka pasal gajet2 ini,aku sertakan jugak la detail iPad ini,utk korang .

* Processor: 1GHZ Apple A4* Sistem operasi: OS iPhone 3,2* Storan: 16GB, 32GB dan 64GB flash drive* Saiz: 9,56 (H) x 7,47 (W) x 0,5 (D) inci* Berat: 1.5 pound (680 gram) untuk WiFi iPad, 1.6 pound (730 gram) untuk 3G iPad* Paparan: 1024 × 768 piksel* Link Wireless: WiFi, Bluetooth, 3G (versi 3G)* Bateri: Hingga 10 jam surfing web, menonton video, main balik muzik* Masukan / Output: penyambung Dok, 3.5mm headphone jack, built-in speaker, mikrofon, slot SIM (3G iPad sahaja)

Tanpa 3G:
• $ 499: 16GB (RM1714)• $ 599: 32GB (RM2057)• $ 699: 64GB (RM2400)
Dengan 3G:
• $ 629: 16GB (RM2160)• $ 729: 32GB (RM2500)• $ 829: 64GB (RM2848)


tapi bab harga yang 3g nie,mesti syarikat telco amek peluang,macam diorang buat ngan iPhone..hahah

Selasa, 13 April 2010

Lisa Surihani: sebelun glamor...so sweet...aduh!

Lisa Surihani.


Sebut sahaja nama bintang tempatan ini..pasti ramai jejaka-jejaka Malaya sudah bersinar-sinar mata mereka terbayang muka comel bintang ini.Saya ada beberapa teman yang begitu minat akan Lisa,sehingga sering diigau dan diangan...haah... bagi saya agak pelik kalau lelaki yang minat artis perempuan sebegitu.. tapi disebabkan keobsesan kawan saya,saya pula terjangkit obses..lagu saya gatal utk menaip nama Lisa di youtube.



dan hasilnya,saya berjumpa dengan iklan lama dikala era Lisa belum popular:






 yang comel tuh la Lisa...gile cute ...haha...bersinar mata den...

Khamis, 8 April 2010

Mempersembahkan Jersey Baru Liverpool


Setelah berpuluh tahun kelab kegemaran gua nie puas mendabik dadanya bersama calrsberg;
akhirnya design terbaru jersey Liverpool bersama Standard Chartered..jadi...berita baik bagi semua real scousers yang beragama Islam...anda semua boleh la memakai jersey liverpool dengan design sebenar selepas ini...haahah..bagi saya...saya sudah siap sedia menyimpan duit untuk memberli jersey asli...ahhaha..kedai al-ikhsan...TUNGGU!!!

Rabu, 7 April 2010

akhirnya...CUTI!!dan heppy besday to...

wuhuuuuu!!
aku nak mengucapkan SELAMAT BErCUTi kepada semua student IIUM...dan selamat berdemam peperiksaan kepada semua pelajar-pelajar IPTA lain..jangan cemburu ek budak2 ipta lain..haha

setelah berhempas pulas melalui smester II yang penuh kejam dan zalim...akhirnyer dapat juga aku kembali bercuti..walaupun begitu banyak idea-idea untuk menulis di blog ini...tp aku rasmikan dahulu dengan ucapan selamat bercuti kepada pelajar UIAM...dan hari ni juga adalah hari jadi kepada rakan sama sekolah ku ATHUF,dan rakan seuniversity...CIK MASTURAH KEYA NORDIN & LUKMAN HAKIM SUKERAN.haha...selamat hari jadi kepada nama2 berikut...semoga anda menjalani kehidupan dengan bahagia nya...haha..

pada hari ini aku nak bertanya satu soalan kepada anda semua,harap dapat respon...adakah anda cukup bersyukur dengan diri anda sekarang?saya tinggallkan dengan soalan itu...bakal dijawab pada post berikutnya..

Jumaat, 2 April 2010

Pergi bersama gelak tawanya:Tribute to Allahyarham DIN Beramboi

beliau mula dikenali melalui majalah humor Ujang.siri2 kaset keluaran majalah ujang mula membuat beliau mendapat perhatian peminat dengan kesohoran pantun2nya.teringat zaman itu,aku sanggup mendengar kaset2 itu berulangkali melalui radio dan walkman tanpa jemu...pada ketika itu,penuh tertanya2 siapakah din beramboi ini..

selepas majalah Ujang dibeli syarikat lain,nama din beramboi senyap seketika dalam arena seni ..
tahu2 ,aku perasan kelibatnya dalam cerita2 afdlin shauki,wakenabeb,rancangan2 tv,dan astro warna.
beliau mendominasi arena jenaka tempatan.

karekternya begitu kuat,jenakanya begitu berkesan,sehingga ada yang masih melekat di minda ini..
sepilah radio era selepas ini,kosonglah slot2 di astro warna,mungkin aku x dapat lagi untuk ketawa di kaca tv.

mungkin benar kata sesetengah orang,orang yg berada dipuncak nyawanya tidak dibekalkan lama,
lihat saja contoh2 sebelum ini,P.Ramlee,Sudirman jika ingin dilihat di luar negara pula,kurt kobain,elvis,james dean,john lennon,bruce lee,heath ledger..

bagi aku,beliau sudah memasuki "Hall of Fame" bersama nama-nama diatas...pergi yang diingati.
mungkin ini jenakanya yang paling berkesan dan diingati,iaitu meninggalkan kita ketika kita masih bergelak ketawa dengan lawaknya..

apa-apa pun,bagi yang beragama Islam..AL-FATIHAH...

Rabu, 31 Mac 2010

Senarai Barang Idaman...

Korang mesti ader barang-barang yang korang memang mengidam kan>?agak-agak ape ek mender yg paling x logik yg korang boleh idamkan?kalau barang idaman aku adalah..

1. BMW 5 series sebijik


2 DSLR NIKON
3. Speaker 5.1 sebijik
4.banglo sebijik kt Dubai
5. Jam Emporio Armani


6. Spec Ray-ban Ori

7. Full set wardrobe Armani,Polo
8.A supercomputer
9. liverpool original jersey
10.Ducati sebijik..


untuk no 3 ngan 6 tu boleh dapat la kot...tp yg lain macam mane ek?
bagaimana pulak ngan korang?ader wishlist?tp nie yang aku paling nak sekali nie..

:D siap wat tisu tandas lagik tuu...ahahah

Selasa, 30 Mac 2010

Perihal Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan adalah cara mengetahui ke mana harus menghabiskan wang anda hari ini, dan di mana anda inginkan di masa depan. Tentukan matlamat fokus kewangan anda - ini adalah untuk memberi kesempatan kepada anda untuk memutuskan apa yang benar-benar mahu anda lakukan dengan wang anda, dan tujuan-tujuan tersebut tanpa perlu meminjam mereka.

Set target sepesifik
Sebelum anda mula untuk menyimpan, untuk menentukan apa yang anda inginkan, dan pada bila pun anda inginkan, dan berapa banyak kos.

Ada tiga jenis sasaran: jangka pendek (dicapai dalam waktu kurang dari satu tahun), dan jangka sederhana (boleh dicapai dalam masa dua hingga lima tahun) dan jangka panjang (boleh dicapai dalam masa lima tahun plus). Jika anda mempunyai beberapa tujuan, anda boleh memilih untuk bekerja untuk semua target sekaligus, atau fokus pada satu dan kemudian berikutnya. Kira jumlah yang anda perlukan untuk menyimpan:

Objektif jangka pendek dan sederhana, ialah mengira berapa banyak anda harus menyesuaikan simpanan anda pada setiap bulan adalah sederhana: kos dibahagikan dengan jumlah bulan anda harus menyimpan.

Sebagai contoh: komputer riba yang anda inginkan adalah $ 800, atau hampir. MYR 2800, dan anda akan seperti dalam enam bulan. Untuk tujuan ini, anda perlu memperuntukkan $ 133 atau 465,5 ringgit Malaysia per bulan ($ 800 / 6 = $ 133).

Objektif jangka panjang adalah agak rumit kerana sesuatu yang positif: anda boleh menyimpan ke tabung simpanan dan pelaburan, yang akan membantu anda mencapai matlamat tabungan anda. Penggunaan kalkulator kewangan dan masukkan nombor:


Sebagai contoh: tujuan anda adalah untuk menjimatkan $ 10.000 dalam sepuluh tahun untuk pendidikan universiti anda. Jika pengembalian tahunan (bunga) puratanaya, lapan peratus, harus ditetapkan hanya $ 55 per bulan

Bunga anda boleh tetapkan bergantung pada produk pelaburan yang anda pilih. ganjaran yang lebih tinggi, bagaimanapun, semakin besar risikonya. Jangan melabur jika anda tidak betul-betul memahami pelaburan itu.

Fleksibel
Ketika menabung untuk tujuan, dan fleksibel. Jika anda tidak boleh menguruskan untuk menyimpan jumlah yang anda fikir anda boleh, jangan menyerah. Pertimbangkan untuk memanjangkan tempoh masa untuk mencapai tujuan, untuk mengurangkan jumlah, atau meningkatkan pendapatan anda, sehingga anda boleh menyimpan lebih banyak.

Jumaat, 19 Mac 2010

Trivia Hari Ini :GOOGLE

GOOGLE,satu enjin pencari dan laman web yang tersohor di dunia.Rata-rata jika diperhatikan rakyat Malaysia pada amnya dan golongan pelajar secara khususnya menggunakan perkhidmatan Google dalam pelayaran Internet di masa kini. Tapi, tahukah anda apakah Google
?di sini terdapat seba sedikit trivia berkenaan laman web kesayangan anda ...

Nama "google"

Pengasas Larry Page dan Sergey Brin membangun sebuah mesin pencari yang disebut "Google," berdasar Perkataan "Googol", istilah matematik untuk 1 diikuti oleh seratus (100) sifar. Nama mencerminkan kekayaan maklumat yang ada, dan lingkup kumpulan tugas untuk mengorganisir informasi dunia dan membuatnya dapat diakses oleh semua dan kepada.

Penyelidikan

Ketika anda mengunjungi www.google.com atau salah satu daripada lebih daripada 150 kawasan kumpulan lain, anda boleh mencari maklumat dalam pelbagai bahasa (diterjemahkan) untuk menyemak harga saham, dan skor sukan, menemukan alamat penyelidikan baru untuk alamat pejabat pos tempatan atau kedai. Anda juga boleh mencari gambar, video, peta, paten, dan banyak lagi. Berkat kajian teknologi global, anda boleh sering menemukan semua unsur ini bersama-sama dalam satu perkataan.

Tentu saja, ada banyak maklumat di dunia tidak di Web, jadi google juga bekerja untuk mendapatkan lebih banyak dari itu telah discan, seperti dalam buku-buku atau newsgroup arkib. Kita juga tahu bahawa setiap kali anda melihat pada rangkaian yang ingin anda secepat mungkin dengan semua laman web kegemaran anda kepada, jadi kami menawarkan program-program seperti Google Toolbar dan Google chrome untuk membantu anda menavigasi web dengan cepat dan mudah.

Penyelidikan ini adalah bagaimana hal itu bermula, set merupakan inti dari apa yang telah lakukan hari ini. Google telah menghabiskan lebih banyak masa dalam kajian kejuruteraan daripada produk dalam kumpulan-kumpulan lain kerana Google percaya bahawa carian masih boleh dipertingkatkan. Google terus-menerus bekerja untuk memberikan hasil yang lebih relevan, sehingga anda dapat menemukan apa yang anda perlukan dengan cepat. Untuk tujuan ini, Google telah menambah perkhidmatan seperti carian tambahan, yang mengubah keputusan bagi anda jika anda log masuk ke Google.

Rabu, 17 Mac 2010

Confession of A Crook..

how do I gonna to do...

she is adorable,cold-hearted,not like to take risk,want to be loved but not have guts to admit it..she always said that it is not the suitable time yet.. but what thats really matter...she put family in front of her on every damn things that happend to her live
even when it come to her own benefit and interest
but,that last quality of her that make me kind of sure that she is the one that I search for whole my 21 years of life living in this chaos world


She only know me as a friend, I come to her as a friend,and she know me for really long period of live
she recognize me...
she is one good girl, and I am yet another crooks..
if I let her know how my feeling; toward her...
she maybe ... not be my friend anymore..
and another prob.... distance....

I'm not perfect,not a hero..but really need to figure out...how to make me,myself to like by her..
but what I do now,is keep in touch with her,try to amuse her..even though only via IM and phone..maybe someday...I will tell her by myself...cold bloodily..

but,will it be sufficient?

I'm Going to the Gatsby Deodorant Street Fair.

dEodoranT?kalau dalam bahasa pasar kita panggil UbAT kEtiaK..objek ini sering kita tidak lupakan dalam kehidupan seharian kita...

cakap pasal ubat ketiak...ader satu pesta yang akan dianjurkan secara besar-besaran di Times Square,KL iaitu(jeng jeng jeng!!!)

Gatsby Deodorant Street Fair!!!



Satu pesta yang akan dianjurkan oleh Gatsby...ya...gatsby yg terkenal dengan barangan kelengkapan peribadi seperti Wax,pencuci muka,dan juga deodorant..
Dikhabarkan ada pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan kepada para pengunjung seperti... sumo beg udara....kelakar acara ini...


tapi kalau pihak pengajur dapat mengadakan pertandingan ni mesti menarik...saya memang ingin bermain mainan ini...iaitu human foosball...



Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

menarik kan...maklumat tentang event ini adalah seperti berikut..
Gatsby Deodorant Street Fair
Tarikh: 17 April 2010
Masa: 10 pg hingga 5 ptg
Lokasi : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square

cara-cara nak pergi event ini..
haa...senang je...kalau tau bukit bintang,memang jumpe tempat nie...kalo x tau,cara-cara nak pergi adalah seperti berikut..



Via KL Monorail

* ambil KL Monorail dari KL Sentral Station ke Imbi Station
* berhenti di Imbi Station
* Imbi Station adalah berhadapan Berjaya Times Square
* masa perjalanan: 6 minutes

Via LRT

* dari KL Sentral Hang Tuah Station
* Ambil Putra LRT dari KL Sentral Station ke Masjid Jamek Station
* Tukar kepada Star LRT di Masjid Jamek Station
* berhenti di Hang Tuah Station
* masa perjalanan: 10 minutes
* 5-minit perjalanan secara berjalan kaki ke Berjaya Times Square

Via KLIA ERL

* dari KLIA ke Imbi Station melalui KL Sentral
* Ambil ERL dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke KL Sentral Station
* tukar ke KL Monorail di KL Sentral Station
* Berhenti di Imbi Station
* masa perjalanan: 34 minutes
Kalau pening-pening..guna saja perkhidmatan teksi...senang....


Untuk maklumat lebih lanjut tentang acara yg pasti menyeronokkan nie...sila layari
www.gatsby.com/streetfair
untuk maklumat lanjut,dan merasai keseronokan acara ini secara maya...tapi...kalau datang yang dekat Time Square tu lagi best!!

Isnin, 8 Mac 2010

tahniah jenan06 Futsal team

telah berlangsung kejohanan futsal alumni jenan pada 6 mac lalu di u one futsal center di usj ..
dengan bangganya team futsal batch explode telah mendapat tempat ketiga...
ini adalah pencapaian tertinggi pasukan futsal batch yg telah menyertai kejohanan ini sejak tahun 2007 lagi...

gambar2 berkenaan futsal boleh dirujuk di page facebook Shafiq zaabar aka dungun..dan gambar2 dari Diana saya akan menyusul di blog tumblr saya...ada pautan di bahagian kanan blog ini..

kesimpulannya,amat menyeronokkan...terima kasih kepada pihak yg menguruskan pasukan dan penyokong futsal,terima kasik kepada Jabir dan Uzet atas hospitality mereka kepada saya...
terima kasih

Ahad, 28 Februari 2010

aku suka hidup yg statik...

aku sendiri x tahu kenapa...
hidup makin mencabar dan berubah..
sekarang sudah x macam dulu-dulu...sekarang kena buka buku selalu...aku semester ini sudah layu...buku sudah malas dibelai...diri tidak terurus macam dulu-dulu.

hidup terlalu dinamik...tidak macam yang aku sangka...kenapa? aku sendiri tidak tahu...aku lebih suka sesuatu yang statik...tidak banyak perubahan...perubahan buat aku kelam kabut...perubahan buat aku jadi hilang fokus...kenapa?

aku suka hidup yang bersahaja...tapi dunia ini tidak seperti itu...harapkan aku lepas segala ujian melanda...


Jumaat, 29 Januari 2010

ALTER EGO AND ALMA MATER..

PSEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM aka jenan
saper lagik kt muka bumi malaysia nie x tau mender nie...sah2 die adaer dalam jail

aper lagik nak ckp...itu adalah alter ego aku..
segala ego aku berada di situ..
segala bangga aku terlekat di entiti itu


kalu krg masuk jenan..\
korang nampk
"DISINILAH LAHIRNYA PEMIMPIN"

so...tanya lagi?
jgnn terkejut ader PM ex jenan/

Isnin, 18 Januari 2010

DIlema; Antara Cita-cta Dan Reality

setelah hampir 6 semester melakukan foundation.dah tiba masanya utk majoring..

cita-cta=>auto
reality=>x leh amek auto...my mech. subject not tuff..

so.seminggu yg ada sebelum dateline utk memilih major..
adakah aku akan meneruskan dgn cita-cita?atau aku akan kembali ke reality?

tunggu....

Isnin, 11 Januari 2010

perfect day ...maybe

pada hari sabtu lalu,bersamaan 9 jan 2010,
satu perkara ajaib berlaku.
aku mula melihat2 pakaian di dalam loker.
menghadap cermin dekat 10 minit..
peh...ini x biasa berlaku...
apakah yg terjadi ni..
haha..
tiba2 rakanku sama sekolah dahulu ajak kuar..
kuar ke KL..
atas dasar gatal mulut janji nak belanja..
aku tunaikan gak...
haha

kuar merempit,jumpe die..
suprisingly,it just two of us...just like a date...
pehh..x ker kelam kabut aku..
she just look magnificently matured now...haha...cute though,,
abeh tu,nak balik kene saman ngan polis...haha..polis...
hujan,terbabas sket...pehhh...

just like I post in my tumblr(http://sofixycated.tumbler.com)
going out with a girl+being sued+rain+accident=perfect day..

hahaha...can't stop thinking about that day..till today...

just a thing that confused me...
she willing to see me...in sake of friendship...or there is another factor?huh?pls...help me!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...