Sabtu, 25 Jun 2011

E.G.O

ego

bkn nak cite pasal moto ego...tp ego...ya...ego yg sering menjadi masalah kepada org lelaki..mm...aku rasa aku x pernah ader masalah pasal ego ni...tp baru2 nih penyakit ego lebh tuh dah terjadi kat aku.

aku tak tahu...bagaimana dan bila....tp ego aku bila tercabar....aku baru tau aku boleh jadi gila....mungkin itu 'suis' aku kot...tp sebenarnya susah nak kene kacau suis aku nih..
kalo time sekolah tuh...mungkin mender2 maslah pasal ego tu ada....tp menda2 tu da lama jadi sejarah...hampir 5 thn tinggalkan sekolah...dah lama aku x tercabar dan bermasalah dlam ego nih...

masalah bru2 nih....btol2 mnyedarkan aku tentang aku nih agak egois orgnya..tak dinafikan yg aku nih mmg sensitif orgnya...mudah terasa....x suka bertekak...kalo org berguraw pun aku terasa....cm2 la....tp aku x pernah sedar aku nih egois....

mmg bodoh kalau nak cite pasal ego nih...x pernah bawak kebaikan ego nih...slalu bwk masalah...benda2 bodo slalu jadi kalo kait dengan ego ni..

tp kadang2 ego tuh boleh dirujuk kepada maruah...respect....harga diri....jadi....apa pandangan anda?

pandangan saya....mungkin dirujuk kepada respek...dlm senario ini....mmg betul kalo nak dihormati kita kena earn respect tuh..tp kalo dari mula  terasa ketidakrespekan tuh? cmne? hahaha..aku naik sewel....

Isnin, 20 Jun 2011

edisi muhasabah diri :bak kata saudaraku...Abdullah Faisal Maulana

memetik kata2 saudara abdullah faisal maulana...kadang2 sesuatu perkara itu kita pasti kita boleh buat..tp kadang2....perkara itu di luar daya kita...lantas..kita hanya mampu melihat.

tp itu lumrah manusia..kita hanya mampu merancang..tp Allah yg menentukan.sekadar peringatan utk semua...kita hanya pelakon yg dimana skrip kita sudah tertulis oleh sutradara terhebat dan teragung...olehNya..

kadang2 kita mempunyai kekuatan.tp kita tidak ada peluang..kadang2 kita ada peluang. tp kita tidak punyai masa...kadang2 kita mempuyai kuasa,tp kita tidak mempunyai pengaruh..begitulah rasa-rasanya algoritma kehidupan.

lagi satu perkara..ingatlah..bila kita mempunyai kuasa, ia didatangkan bersama2 tanggungjawab...dan kadang2 tanggungjawablah yg memberi kita nikmat kuasa..jadi...marilah kita berhati2 dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing..

p/s: terima kasih kepada insan2 yg sudi bertanya perihal saya baru2 ini...tiada kata secantik bahasa...jadi...TERIMA KASIH!



p/s/s:sorry wak dol pinjam ayat ko!!

Ahad, 12 Jun 2011

DIARI FACILITATOR: Kem Motivasi Remaja Asli..membuatkan air mata berlinangan!!

Asalamualaikum.
untuk post ke 100 ni  saya nak menceritakan pengalaman saya menjayakan kem motivasi 2011 bersama belia org asli kampung sg gapoi,bentong yg diadakan di lubuk manggis, sg congkak hulu langat..

program kali ini sungguh berbeza.saya amat bersyukur kerana diberi peluang menjayakan prog ini.kami  deligasi uia harus memotivasikan belia2 org asli ygg rata2 berumur lingkungan umur sebaya kami.sunguh mencabar bila pd mula2nya utk saya sendiri menerima cabaran ini.perkataan org asli bukan asing bagi saya, kerana saya juga berasal dari kawasan yg mempunyai org asli, dan bermastautin di tempat yg ada org asli. tp utk bergaul dan membimbing mereka adalah perkata baru bg saya.Ditugaskan menjadi PRS(pembimbing rakan sebaya) seorang belia asli bernama Hamdan A\L Hasan.pengalaman membimbing beliau adalah sungguh memberi inspirasi baru dan kesedaran baru kepada saya.

Bercerita berkenaan Hamdan, beliau adalah seorang belia asli berumur 25 thn, sudah berkahwin, berkerja kampung yg mana dikenal pasti kerja utama nya menoreh getah. pandai membaca dan menulis, pandai mengira. Apa yang hendak difokuskan berkenaan  hamdan adalah, dia sebenarnya berpotensi jauh lebih bagus dari apa yang dia jangkakan dan org lain jangkakan. pada pemerhatian saya, dia adalah seorang natural leader, friendly, mempunyai cara pemikiran yg tinggi pada realitinya,
Jika deberikan peluang, SATU  perkataaan ...PELUANG! ..Sudah pastinya beliau tiada masalah menjadi seorang insan yg jauh lebih hebat dan saya tidak nafikan, setanding dengan masyarakat umum.

itulah masalah masyarakat asli pada pandangan saya, mereka tidak NAMPAK  dan tidak DAPAT ...PELUANG!dan mereka terlalu selesa...ya,...terlalu selesa..dan takut meninggalkan zon selesa mereka yg pada zahirnya, di mata umum adalah jauh ketinggalan.mereka mampu dan boleh, mereka ada potensi, tetapi mereka tidak nampak akan potensi mereka itu.mungkin arus kemajuan dan sejarah ketemadunan dunia melayu, entah apa silapnya tidak berjaya membawa masyarakat asli ini bersama2 yg lain.atau mungkin kerana isu mentaliti mereka amat sukar utk kita ubah.

secara fokusnya juga, saya memang betul2 terharu, dan terasa begitu syukur dengan hidup saya sebagai seorang berbangsa Melayu.Saya seorang Melayu yg bersusur galur dari perantauan Nusantara dan Asia.JIka hendak diperincikan, saya adalah campuran Melayu  baba nyonya+ melayu banjar+ karimun jawa + Penuan sumatera! yg akhirnya = Melayu ! sebagai seorang Melayu, saya dapat peluang hidup  bersama arus perdana kemajuan dan ketamadunan negara, diberi peluang yg luas utk berjaya.tp bagi mereka? anda fikirkan sendiri apa nasib mereka.

saya merasakan saya tidak menggunakan peluang saya sebaiknya, disebalik situasi masyarakat asli yg bermasalah memiliki peluang atau mengenal pasti peluang yg ada.terasa di sanubari saya melihat reaksi belia2 asli ini semasa program!serious!

secara totalnya, program kali ini memberi saya "redefine" hiduo saya di tahap yang lain, kem ini juga membawa saya erti baru dalam  terma persahabatan, peluang, risiko, usaha, cinta...secara ringkasnya memberi perspektif baru dalam kehidupan.

Terima Kasih kepada insan2 yg bertanggunjawab menjemput saya ke program ini. terima kasih kepada Adilah suhaimi,-Pm program, Ahmad Balqini-presiden Stuff, Fakhrul Razi- TA, C.Faci-Arham,Fauzan- APM, dan yg pasti tidak lupa rakan  seperjuangan Haziq zainal dan Rusydi...you all are the best!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...