Ahad, 26 September 2010

jangan tunggu lama-lama...nanti.....

hi.semalam baru saja pulang dari beraya di rumah pak lang kawan aku,faiz.
tapi tak beraya sgt la,cuma menjadi handyman di sana.tolong angkat lauk ,susun-susun dan paling best,basuh pinggan.

Tapi apa yang menarik sekali tentang keluarga pak lang ialah dia mempunyai keluarga yg besar, big family.yang aku tak pernah rasa sudah sekian lama. hampir mungkin 18 tahun aku x merasa ....punyai keluarga besar.penat memang penat semalam....tapi aku dapat merasa keindahan berkeluarga besar.

dan satu lagi yang best tentang semalam,semalam telahmembawa aku ke kehidupan aku pada masa lampau.ini disebabkan pak lang tersebut adalah seorang pegawai polis yang akan bersara,so, majlis open house nya tak ubah mengimbau kehidupanaku sebagai salah seorang anak pegawai polis.dan apa akan terjadi dalam kehidupan pak lang juga akan menjadi seperti mana ayahku dahulu.tapi dengan skala yang lebih besar.

haha....perihal kehidupan polis pencen ini mungkin akan ku coret pada masa hadapan.



smalam juga aku ada hubungi rakan sepejuangan ku di Jenan,bertanya khabar dan mengucapkan hari raya.

nampaknya,rakanku itu ada kemajuan dalam hidupnya.sudah bersedia semula mengambil risiko dan mula hendak bermain cinta. hmmm....aku?bila lagi ya?

menyesal atau tidak,satu lagi kesilapan telah aku lakukan,dan kesilapan ini yang memang selalu aku lakukan iaitu lambat bertindak..semalam ku bayangkan hendak tidur dengan muka tersenyum...namun keputusanya aku bangun dengan penuh penyesalan,serabut dan kesedihan..dulu dia yang aku tunggu,menunggu masa sesuai untuk aku luahkan,tup tup.....aku terima khabar dia telah maju kehadapan...aku juga yang tertinggal terkapai2 dan terpendam perasaan,punah harapan.

pesan dari aku yang berpengalaman,sila jangan pendam perasaan anda jika anda ada menaruh perasaan terhadap seseorang.

mm....tiba2 rasa nak layan lagu ol'skool....Jangan tunggu lama2...hahah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...