Rabu, 21 April 2010

Kegagalan Hanya Memberi Erti dalam Kehidupan

Gagal,sebut pasal perkataan ni mesti ramai yang rasa seram,atau tidak suke mendengarnya.Tapi pada hakikatnya gagal adalah satu proses dalam kehidupan.Sedarlah tanpa kegagalan,anda tidak berjaya atau tidak wujud seperti mana anda pada hari ini.

Jika kita singkap kembali proses kehidupan,kita sebenarnya melalui begitu banyak sesi kegagalan,bermula dengan proses utk seorang bayi untuk berjalan.jika tiada kegagalan semasa proses berjalan..anda mungkin adalah seorang MUTANT?!

begitu juga dengan proses belajar menulis,menaiki basikal,membawa kereta dan sebagainya.jadi kegagalan seharusnya sebati dalam kehidupan seorang manusia.Bukannya melihat kegagalan adalah satu perkara yang keji,hina atau tidak patut dilakukan.Ini terbukti jikalau kalian semua membaca biografi manusia-manusia berjaya di dunia.contohnya Bill Gates,berhenti belajar undang-undang.Tun Mahathir,antara manusia yang aku paling respect sekalipun pernah gagal.Jadi,apa yang ingin disarankan disini adalah,

                                            Jangan Takut Gagal,Kerana gagal adalah sebahagian dari hidup.


dan apa yang penting,setelah apa yang telah diusahakan,sepertimana dijanjikan Allah,setiap usaha ada pulangan nya,dan setiap akibat ada hikmahnya,dan yang paling utama,

                       yang baik dan buruk itu adalah datang dariNya..jadi SYUKURLAH!!

Ahad, 18 April 2010

iPad..mungkin hanya sekadar iPod besar?

Baru-baru ni, Apple telah melancarkan satu lagi spesis gajet baru...bernama iPad..
Kepala otak orang buat iPad nie memang bleh kasi respek..aku rase..mmg pandai pusing2 idea dari kejayaan iPod pada asalnya dan iPhone.


iPad nie adalah satu gajet yang boleh dikelaskan antara komputer tablet dan smartphone.dan juga boleh kelaskan diantara iphone dan ipod.iPad ini dikeluarkan dengan dua versi iaitu iPad 3g dan iPad biasa.Jika dilihat,aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam iPad nie tidak ubah seperti apa yg boleh dilakukan didalam iPod Touch,iPhone,dan sedikit kesamaan iMac.Untuk iPad biasa secara peribadinya aku cakap yang mende ni adalah sebijik iPod touch besar bersaiz 9.56 (H) x 7.47 (W) x 0.5 (D) inch.,dan untuk versi 3g lak bagai iPhone bagak..

tp satu maklumat utk semua,bagi versi 3g,aku rasa mmg rakyat 1Malaysia nie x leh nak pakai lagi,ini disebabkan walaupun jika kita baca pada laman web apple,mengatakan iPad ini menggunakan sim kad bersaiz kecil yg hanya ditawarkan oleh syarikat AT&T skang..

haha,tapi utk semua yang suka pasal gajet2 ini,aku sertakan jugak la detail iPad ini,utk korang .

* Processor: 1GHZ Apple A4* Sistem operasi: OS iPhone 3,2* Storan: 16GB, 32GB dan 64GB flash drive* Saiz: 9,56 (H) x 7,47 (W) x 0,5 (D) inci* Berat: 1.5 pound (680 gram) untuk WiFi iPad, 1.6 pound (730 gram) untuk 3G iPad* Paparan: 1024 × 768 piksel* Link Wireless: WiFi, Bluetooth, 3G (versi 3G)* Bateri: Hingga 10 jam surfing web, menonton video, main balik muzik* Masukan / Output: penyambung Dok, 3.5mm headphone jack, built-in speaker, mikrofon, slot SIM (3G iPad sahaja)

Tanpa 3G:
• $ 499: 16GB (RM1714)• $ 599: 32GB (RM2057)• $ 699: 64GB (RM2400)
Dengan 3G:
• $ 629: 16GB (RM2160)• $ 729: 32GB (RM2500)• $ 829: 64GB (RM2848)


tapi bab harga yang 3g nie,mesti syarikat telco amek peluang,macam diorang buat ngan iPhone..hahah

Selasa, 13 April 2010

Lisa Surihani: sebelun glamor...so sweet...aduh!

Lisa Surihani.


Sebut sahaja nama bintang tempatan ini..pasti ramai jejaka-jejaka Malaya sudah bersinar-sinar mata mereka terbayang muka comel bintang ini.Saya ada beberapa teman yang begitu minat akan Lisa,sehingga sering diigau dan diangan...haah... bagi saya agak pelik kalau lelaki yang minat artis perempuan sebegitu.. tapi disebabkan keobsesan kawan saya,saya pula terjangkit obses..lagu saya gatal utk menaip nama Lisa di youtube.



dan hasilnya,saya berjumpa dengan iklan lama dikala era Lisa belum popular:






 yang comel tuh la Lisa...gile cute ...haha...bersinar mata den...

Khamis, 8 April 2010

Mempersembahkan Jersey Baru Liverpool


Setelah berpuluh tahun kelab kegemaran gua nie puas mendabik dadanya bersama calrsberg;
akhirnya design terbaru jersey Liverpool bersama Standard Chartered..jadi...berita baik bagi semua real scousers yang beragama Islam...anda semua boleh la memakai jersey liverpool dengan design sebenar selepas ini...haahah..bagi saya...saya sudah siap sedia menyimpan duit untuk memberli jersey asli...ahhaha..kedai al-ikhsan...TUNGGU!!!

Rabu, 7 April 2010

akhirnya...CUTI!!dan heppy besday to...

wuhuuuuu!!
aku nak mengucapkan SELAMAT BErCUTi kepada semua student IIUM...dan selamat berdemam peperiksaan kepada semua pelajar-pelajar IPTA lain..jangan cemburu ek budak2 ipta lain..haha

setelah berhempas pulas melalui smester II yang penuh kejam dan zalim...akhirnyer dapat juga aku kembali bercuti..walaupun begitu banyak idea-idea untuk menulis di blog ini...tp aku rasmikan dahulu dengan ucapan selamat bercuti kepada pelajar UIAM...dan hari ni juga adalah hari jadi kepada rakan sama sekolah ku ATHUF,dan rakan seuniversity...CIK MASTURAH KEYA NORDIN & LUKMAN HAKIM SUKERAN.haha...selamat hari jadi kepada nama2 berikut...semoga anda menjalani kehidupan dengan bahagia nya...haha..

pada hari ini aku nak bertanya satu soalan kepada anda semua,harap dapat respon...adakah anda cukup bersyukur dengan diri anda sekarang?saya tinggallkan dengan soalan itu...bakal dijawab pada post berikutnya..

Jumaat, 2 April 2010

Pergi bersama gelak tawanya:Tribute to Allahyarham DIN Beramboi

beliau mula dikenali melalui majalah humor Ujang.siri2 kaset keluaran majalah ujang mula membuat beliau mendapat perhatian peminat dengan kesohoran pantun2nya.teringat zaman itu,aku sanggup mendengar kaset2 itu berulangkali melalui radio dan walkman tanpa jemu...pada ketika itu,penuh tertanya2 siapakah din beramboi ini..

selepas majalah Ujang dibeli syarikat lain,nama din beramboi senyap seketika dalam arena seni ..
tahu2 ,aku perasan kelibatnya dalam cerita2 afdlin shauki,wakenabeb,rancangan2 tv,dan astro warna.
beliau mendominasi arena jenaka tempatan.

karekternya begitu kuat,jenakanya begitu berkesan,sehingga ada yang masih melekat di minda ini..
sepilah radio era selepas ini,kosonglah slot2 di astro warna,mungkin aku x dapat lagi untuk ketawa di kaca tv.

mungkin benar kata sesetengah orang,orang yg berada dipuncak nyawanya tidak dibekalkan lama,
lihat saja contoh2 sebelum ini,P.Ramlee,Sudirman jika ingin dilihat di luar negara pula,kurt kobain,elvis,james dean,john lennon,bruce lee,heath ledger..

bagi aku,beliau sudah memasuki "Hall of Fame" bersama nama-nama diatas...pergi yang diingati.
mungkin ini jenakanya yang paling berkesan dan diingati,iaitu meninggalkan kita ketika kita masih bergelak ketawa dengan lawaknya..

apa-apa pun,bagi yang beragama Islam..AL-FATIHAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...