Jumaat, 27 Julai 2012

Lebih turun dari naiknya.

Asalamualaikum.

Hari ini aku menangis kerana ingin menjauhkan diri dengan maksiat.Ya Allah, astagfirullah.
ketika saat air mata menitis, baru aku sedar yg iman aku tidak seperti iman para sahabat.. tidak juga sebanding iman rakan-rakan aku yg lain. yang boleh menjaga solat 5 kali sehari siap berjemaah lagi.

Aku sekadar org biasa, yg imannya lebih turun dari naiknya. Lebih alpa dari mengingat.lebih lagho dari manfaat.Lebih teruk dari baiknya. Yg selalu berada di takuk lama, tak mahu keluar dari zon selesa.

ketika air mata menitis, aku rasa kesal dan hina. rasa jijik dengan diri sendiri.
Aku titiskan air mata utk meninggalkan dosa? apa masalah aku ni. sepatutnya aku berasa lega utk menjauhkan diri dari maksiat. Di bulan ramadhan sebegini, apa terjadi dengan amalan ku, adakah solat ku x dapat mendidik nafs aku. adakah diriku dipacu nafsu selama ini.

ketika air mata menitis, baru aku tahu sejauh mana dan seteruk mana imanku terhadap Allah, dan dimana kasihku terhadap Allah dan Rasul. Yang hanya dizahirkan dilidah tp bukan di hati.

Seteruk mana aku sekalipun, aku tetap bersangka baik kepada Allah, kerana dia maha mengetahui..

2 ulasan:

.: W.A.F.I.E.Z :. berkata...

.:.

tanda hati masih hidup..pakat2 jadi beh baek drpd dulu..moga ALLAH pmudahkn sgalanya :)

Aisy ~ berkata...

alhamdulillah hati anda masih hidup.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...