Rabu, 10 Ogos 2011

edisi muhasabah diri :perkara yg kecil jgn dikecil-kecilkan...

asalamualaikum.
salam ramadhan kepada semua.


okey,edisi muhasabah diri pada kali ini membawa isu kecil. kecil- dalam ertikata lain tidak besar.. jadi entri pada kali ini tidak akan menggunakan satu pun huruf besar.(exception kata nama khas)


tapi apa yg kecil yg saya ingin ketengahkan bukanlah isu duit kecil, ataupun rumah kecil, mahupun berbadan kecil ( yg badan kecik ni mmg x lah kan)...tetapi -


isu amalan dan dosa.


ok...terus kepada point...tulis ala2 Tun Dr M la..
1) isu amalan.dalam beramal.jgn sesekali mengukur amalan anak adam itu kecil walau sedikit mana pun amalan sipolan tersebut. ini kerana kecilnya atau besarnya amalan itu adalah dalam 'judgement' Allah.
2) point diatas boleh dirujuk kepada cerita si pelacur dengan anjing kehausan, cerita pembunuh 99 org,dan cerita dibwh.
3) adalh diriwayatkan bahawa Salman Al-Farisi pernah menyampaikan kisah ini kepada anak murid beliau . bahawa manusia masuk ke syurga/neraka atas sebab seekor lalat.cerita ini membawa rujukan kepada isu sekecil2 amalan dan sekecil2 dosa.
kecil-kecil lalat pun.....mmmm

4)sambung.arakian dalam cerita Salman tadi. tersebutla ada sebuah kampung di tanah arab ini..datang dua org pemuda dari luar mahu masuk menetap di kampung  tersebut.setibanya di pintu kampung tersebut. permuda berdua itu ditahan.
5)  yg menahannya adalah pengawal kampung itu(ala2 pok gad lah nih). kata pengawal tu. kalau nak masuk kampung itu, kene wat persembahan(offering) kt tuhan X(bukan nama sebenar) , yakni berhala dan tuhan kampung itu la.
6) lalu kata pemuda2 itu pun, mereka nih dtg sehelai sepinggang selenggang-lenggang kangkung, nak bagi apa x tau...diorg ckp la kt gad tu...

7) gad tu pun cakap la...."hampa bagi la apa2..persembahla apa2 walaupun seekoq lalat"
8)jadi, bila dgr saja mcm tu...si pemuda A, salah sorang dari dua org pemuda nih pun 'pulun' la pi tangkap lalat...sebab nak sgt duduk kt kampung tu.
9) menurut Salman al-Farisi kepada anak muridnya...kerana seekoq lalat tu la...si pemuda A ni masuk neraka jahanam....sebab menyekutukan Allah..
10) lain pula kt pemuda B. dia mmg sungguh2 x mau ikut ckp gad tuh...tp sebab dia nak masuk gak kampung tuh...gad tu tangkap dia dan pancung kepala dia....
11) dan menurut Salman... pemuda B tu masuk syurga kerana x mau menyekutukan Allah.

jadi ...berdasarkan cerita yg bermula dari point 3 sampai 11, kita boleh lihat bagaimana kecil je sebab musabab nya...iaitu seekor lalat...lalat...yg kita selalu doh pukul2 tu...leh mengakibatkan kita ni masuk syurga atau neraka..
ada perkara2 yg kecil dimata kita , tetapi besar di sisi Allah.jadi ...moral cerita dan post kali ini adalah...saya menyeru kepada diri saya dan rakan2 yg lain supaya jgnlah kita memperlekehkan sekecil2 mana amalan itu kerana ganjaran dan statusnya di sisi Allah...hanya Dia yg mengetahuinya.dan...sekecil2 mana perkara mungkar yg kita lakukan ....x semestinya kecil disisi Allah...mungkin dari perkara2 kecil itu lah..yg mengakibatkan kita dimurkai Allah..
ok...sampai sini saya edisi muhasabah diri kita pada kali ini...Wallahualam....Asalamualaikum

1 ulasan:

Dzarief Zuhdi berkata...

biarlah amalan tuh kecil tapi istiqamah.. lagi Allah suka :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...