Isnin, 30 Julai 2012
Ke mana kita sebelum dan selepasnya?
Asalamualaikum .
Salam Ramadhan kepada semua.
Bagaimana puasa anda? diharapkan diberkati ibadah anda disisiNya.Ramadhan ni ibarat sebuah KARNIVAL. Ada byk tawaran hebat, promosi... hadiah.. Tp jgn biarkan ianya menjadi sebuah Karnival semata-mata.. jgn jadikn ia seperti fun fair yg akan datang ke kampung2 buat sebuah jangkamasa dan akan keluar bila permit mereka habis..
Merenung kembali diri hina ini sebelum datangnya ramandhan, mm, memang berlainan dengan yg sepatutnya. Yang lebih menyedihkan, mmg lain pula diri ini bila tibanya bulan ramadhan... sedih2... rasa marah pun ada..
sebelum ramadhan, mm. x payah ckp.. kalau nak list yg mazmumah tu mmg org cakap, buat malu diri sendiri je, tp bila ramadhan, kalau nak diujarkan sekadar 'a figure of speech'- Malaikat pun terkejut!.. tetiba lak kerja tertukar antara raqib dan atid.
Apa yg nak diusulkan di sini adalah ke mana kita selepasnya? bermakna selepas ramadhan... adakah selepas ramadhan , Malaikat 'Atid kembali sibuk dan membiarkan Malaikat raqib berehat pula?Kenapa kita dibulan ramadhan, kita boleh siap dengan solat sunat, tadarus, pergi masjid x miss,tapi bila terdengar saja takbir raya, Allah.... hilang semua ibarat buih2 ombak di pantai...
Tapi,
inilah yg berlaku saban tahun, kepada diri yg hina ini...mungkin kerana KETAMAKAN utk merebut segala tawaran hebat Ramadhan, kita menjadi SUPERHUMAN di sisiNYA, tp bila tawaran itu sudah abis, yakni sehabisnya Ramadhan, habis hilang semangat dan usaha utk merebut cinta Ilahi..
Pesanan ini utk diri yg hina dan juga kepada sahabat2 dan saudara2 seIslamku... Jom Ubah, Sebelum Terlambat! insya Allah.. :D
nukilan
fixrezzi
Jumaat, 27 Julai 2012
Lebih turun dari naiknya.
Asalamualaikum.
Hari ini aku menangis kerana ingin menjauhkan diri dengan maksiat.Ya Allah, astagfirullah.
ketika saat air mata menitis, baru aku sedar yg iman aku tidak seperti iman para sahabat.. tidak juga sebanding iman rakan-rakan aku yg lain. yang boleh menjaga solat 5 kali sehari siap berjemaah lagi.
Aku sekadar org biasa, yg imannya lebih turun dari naiknya. Lebih alpa dari mengingat.lebih lagho dari manfaat.Lebih teruk dari baiknya. Yg selalu berada di takuk lama, tak mahu keluar dari zon selesa.
ketika air mata menitis, aku rasa kesal dan hina. rasa jijik dengan diri sendiri.
Aku titiskan air mata utk meninggalkan dosa? apa masalah aku ni. sepatutnya aku berasa lega utk menjauhkan diri dari maksiat. Di bulan ramadhan sebegini, apa terjadi dengan amalan ku, adakah solat ku x dapat mendidik nafs aku. adakah diriku dipacu nafsu selama ini.
ketika air mata menitis, baru aku tahu sejauh mana dan seteruk mana imanku terhadap Allah, dan dimana kasihku terhadap Allah dan Rasul. Yang hanya dizahirkan dilidah tp bukan di hati.
Seteruk mana aku sekalipun, aku tetap bersangka baik kepada Allah, kerana dia maha mengetahui..

Langgan:
Catatan (Atom)