Ahad, 12 Jun 2011

DIARI FACILITATOR: Kem Motivasi Remaja Asli..membuatkan air mata berlinangan!!

Asalamualaikum.
untuk post ke 100 ni  saya nak menceritakan pengalaman saya menjayakan kem motivasi 2011 bersama belia org asli kampung sg gapoi,bentong yg diadakan di lubuk manggis, sg congkak hulu langat..

program kali ini sungguh berbeza.saya amat bersyukur kerana diberi peluang menjayakan prog ini.kami  deligasi uia harus memotivasikan belia2 org asli ygg rata2 berumur lingkungan umur sebaya kami.sunguh mencabar bila pd mula2nya utk saya sendiri menerima cabaran ini.perkataan org asli bukan asing bagi saya, kerana saya juga berasal dari kawasan yg mempunyai org asli, dan bermastautin di tempat yg ada org asli. tp utk bergaul dan membimbing mereka adalah perkata baru bg saya.Ditugaskan menjadi PRS(pembimbing rakan sebaya) seorang belia asli bernama Hamdan A\L Hasan.pengalaman membimbing beliau adalah sungguh memberi inspirasi baru dan kesedaran baru kepada saya.

Bercerita berkenaan Hamdan, beliau adalah seorang belia asli berumur 25 thn, sudah berkahwin, berkerja kampung yg mana dikenal pasti kerja utama nya menoreh getah. pandai membaca dan menulis, pandai mengira. Apa yang hendak difokuskan berkenaan  hamdan adalah, dia sebenarnya berpotensi jauh lebih bagus dari apa yang dia jangkakan dan org lain jangkakan. pada pemerhatian saya, dia adalah seorang natural leader, friendly, mempunyai cara pemikiran yg tinggi pada realitinya,
Jika deberikan peluang, SATU  perkataaan ...PELUANG! ..Sudah pastinya beliau tiada masalah menjadi seorang insan yg jauh lebih hebat dan saya tidak nafikan, setanding dengan masyarakat umum.

itulah masalah masyarakat asli pada pandangan saya, mereka tidak NAMPAK  dan tidak DAPAT ...PELUANG!dan mereka terlalu selesa...ya,...terlalu selesa..dan takut meninggalkan zon selesa mereka yg pada zahirnya, di mata umum adalah jauh ketinggalan.mereka mampu dan boleh, mereka ada potensi, tetapi mereka tidak nampak akan potensi mereka itu.mungkin arus kemajuan dan sejarah ketemadunan dunia melayu, entah apa silapnya tidak berjaya membawa masyarakat asli ini bersama2 yg lain.atau mungkin kerana isu mentaliti mereka amat sukar utk kita ubah.

secara fokusnya juga, saya memang betul2 terharu, dan terasa begitu syukur dengan hidup saya sebagai seorang berbangsa Melayu.Saya seorang Melayu yg bersusur galur dari perantauan Nusantara dan Asia.JIka hendak diperincikan, saya adalah campuran Melayu  baba nyonya+ melayu banjar+ karimun jawa + Penuan sumatera! yg akhirnya = Melayu ! sebagai seorang Melayu, saya dapat peluang hidup  bersama arus perdana kemajuan dan ketamadunan negara, diberi peluang yg luas utk berjaya.tp bagi mereka? anda fikirkan sendiri apa nasib mereka.

saya merasakan saya tidak menggunakan peluang saya sebaiknya, disebalik situasi masyarakat asli yg bermasalah memiliki peluang atau mengenal pasti peluang yg ada.terasa di sanubari saya melihat reaksi belia2 asli ini semasa program!serious!

secara totalnya, program kali ini memberi saya "redefine" hiduo saya di tahap yang lain, kem ini juga membawa saya erti baru dalam  terma persahabatan, peluang, risiko, usaha, cinta...secara ringkasnya memberi perspektif baru dalam kehidupan.

Terima Kasih kepada insan2 yg bertanggunjawab menjemput saya ke program ini. terima kasih kepada Adilah suhaimi,-Pm program, Ahmad Balqini-presiden Stuff, Fakhrul Razi- TA, C.Faci-Arham,Fauzan- APM, dan yg pasti tidak lupa rakan  seperjuangan Haziq zainal dan Rusydi...you all are the best!!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nama aku tak de =_=" .

ChekDi berkata...

@yaya
ko spe??haha

nice la mok..nama aku ada..haha..aku suka entry nih..like 10000x

fixrezzi berkata...

hahahahahaahhaa......yaya.... xcukup le nak tulih nama ko..

chedi: tq2

faaizz d. zul berkata...

saya harapkan pihak2 berautoriti tidak terlepas pandang dengan hal2 sebegini. lagi2 di musim sudah-hampir-pilihanraya.

entri ini satu inspirasi.
XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...