Rabu, 16 Februari 2011

Versi Penglipurlara:"Bukan Kerja Saya"-sebuah sindiran sosial

Alkisah, di sebuah kerajaan di utara semenanjung,hiduplah seorang Orang Kaya bersama keluarganya. Keluarga itu mempunyai seorang Khadam yang setia dan bagus dengan kerjanya.Kerja khadam mudah.Pada mula-mula Orang Kaya mengambil Khadam sebagai hambanya,dia diberikan hanya 5 kerja.
  1. Mencuci rumah/Mengemas
  2. Mencuci halaman rumah
  3. Menjaga ternakan
  4. Pergi ke Kota untuk memberi derma kepada fakir miskin
  5. Menjaga rumah pada waktu malam
Si khadam begitu tekun melakukan kerja yang diamanahkan..Tapi..pada satu petang..
Dikatakan di depan rumah orang kaya itu adalah tasik..tasik yang indah dan cantik. Pada petang itu, anak Orang Kaya itu bermain-main di tepi tasik itu. Dengan kuasa Allah dan dengan izinNya,terjatuhlah anak itu ke dalam tasik itu,ditakdirkan pula si Khadam itu kebetulan berada disekitar tasik itu.Si khadam nampak anak itu seperti kelemasan.tp kata si Khadam;

"Eh, macam lepas saja anak itu,apa yang aku kene buat, kene bantukah?"terdetik di hati Khadam.
"Tapi, orang kaya hanya memberikan aku 5 tugasan itu sahaja...Ahh!!!Bukan kerja aku..nanti x pasal-pasal pula aku dihukum..tidak-tidak.."bisik hatinya pula.
Pada malam harinya, Orang Kaya pulang ke rumah sebaliknya beliau dari menguruskan perniagaannya.Puas Orang Kaya mencari anaknya..dari bilik ke bilik,dari anjung hingga ke dapur..tidak ditemui.Lalu beliau memanggil Khadam yang sedang menjaga rumah di anjung;
"Ada kamu nampak anak aku?"tanya orang kaya.
"Ada Tuan, petang tadi nampak dia seperti kelemasan di tasik depan tuu..."selamba jawab khadam..
"Lemas,mana dia?mana dia? dia okay tak?"cemas Orang Kaya,
"Mula-mula dia nampak macam terkapai-kapai,lepas tu terus tenggelam..ada kat tasik la tuu.."jawab khadam.
"Kenapa kamu tak tolong dia?"
"Bukan kerja Saya Tuan!!Saya tidak hendak memandai-mandai,tuan jugak pesan supaya jalankan kerja yang tuan bagi tu je...."selamba dari Khadam..
"Apa?"

 Begitu lah cerita si Khadam dan Orang Kaya.Cerita itu bukan untuk menunjukkan kelurusan dan betapa naifnya Khadam tu.tapi adalah sebagai sindiran dan analogi kepada semua umat Islam di negara kita.
Kita memang diwajibkan oleh Islam untuk menjalankan 5 rukun Islam..tetapi perkara-perkara yang lain juga kita perlu lakukan.Watak anak yang lemas itu dianalogikan sebagai saudara Islam kita yang terkapai-kapai hanyut dan lemas dalam urusan duniawi.Kita sebagai seorang Muslim seharusnya menolong mereka,dan bukan sewenang-wenangnya mengatakan "AHh,itu bukan kewajipan aku!!"
Kita seharusnya menjalankan Amar Makruf Nahi Mungkar dalam kehidupan,supaya kita boleh hidup dalam masyarakat yang direhdai Allah.
Apa yang kita rasa perkara itu perlu kita lakukan,atas nama Islam,atas aqidah Islam,kita perlu lakukan.
Jadi, marilah kita bersama-sama mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar dalam kehidupan kita.
InsyaAllah..

p/s: terima kasih kepada bro. Thet Mung Oo atas cerita diatas.

2 ulasan:

www.dunialandax.com berkata...

terima kasih untuk cerita berikut..menyedarkan aku ttg sesuatu

fixrezzi berkata...

welcome...rajin2 lawat ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...