Khamis, 14 November 2013

sedih tapi xleh wat ape2 :(

status?
apalah nak difikirkan pasal status. maksud status yg hendak dibincangkan adalah status kewangan.
okey.. katakan ada si polan a. yg asal dari sebuah keluarga biasa. ibu bapanya kerja bukan kerajaan bukan berniaga.lepas tamat belajar si polan kerja kerajaan.performance yg bagus campur pengalaman lalu dinaikkan pangkat dan seterusnya naik gaji.

lepas berpangkat agaknya..mungkin agak terlupa dimana asalnya si polan ini.lupa kehidupan lalu yg secara postivenya boleh dikatakan berjaya diubah dengan usaha dan ilmu yg dituntut.
tapi berhak kah utk berbangga dengan rumah besar? dengan ada kereta sendiri? layakkah?berbangga dengan gajet terkini? apekah?
"oh penat nak kemas rumah besar kan?"- sarcastickah? riak bawah sedarkah?
"oh...bestnye ade Note3!"- proper ke bila ckp ni dengan seseorang yg hanya mampu pakai enset 2g? o lebih ikut pengalaman, hp "warisan" adik beradik,atau hp second hand hasil simpanan wang sendiri yg dicatu?


pesanku.. ingatlah bila bertutur..lagi2 kalau kita hidup macam si polan tu..bukan semua kita tutur itu takkan melukakan sesiapa yg dengar... aku juga begitu..kadang terlepas kata xingat diri.
harta itu duniawi. mungkin kita berkasta sebab manusia sering lupa tiada beza antara si A dan B melainkan amalan mereka kepada yg esa.

multibilionare xsemestinya bahagia
miskin xsemestinya seksa.
malahan hingga drama kt tv yg "hello tansri,mcm mana project 3 juta tu?" tu pon slalu menggambrkn ada hidup golongan tu xbahagia..broken family lah..idup anak2 liar lah dan byk lg sebab negative jdkn idup xbahagia.,

abdul rahman auf. org kaya lembah hijjaz.. mcm mana cara idupnya? tuturnya?
rasulullah saw pon selepas bernikah ngan saidatina khadijah? bagaimana pembawakannya.


selagi nak dengar apa org lain ckp..selagi tu tak leh nak wat satu apa pun.yg penting jaga malu kita ngan allah..bukan malu xbertempat sebab dengar kata org
coretan dari hamba allah yg idup atas ehsanNya.
mintak Allah jauhkan diri hina ni dari penyakit lupa diri dan bertuhankan wang!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...