Isnin, 24 Januari 2011

menjaga rakan: bukan perkara yang mudah!!

kawan.rakan.sahabat.

perkara ini memang unik dari pandangan aku.lagi-lagi dari perihal bagaimana anda mendapatkanya dan bagaimana anda kehilangannya.

aku seorang yg mudah dari sudut berkawan.aku tidak pernah memilih kawan.kemana sahaja aku pergi,aku mesti berjaya mendapat ramai kawan.

tp baru-baru ini aku sedar
,sebagaimana aku mudah mendapat kawan,sebegitu juga aku mudah kehilangannya.atas beberapa sebab,atas contoh persekitaran,masa,situasi,dan peribadi,aku hilang hubungan sahabat rapat sepermainan di sekolah.atas perspektif negatifnya,mmg salah aku utk kehilangan mereka,dan akibatnya ,aku yang rasa keseorangan

mencari rakan mudah.hanya dengan senyuman,tegur sapa mesra,ringan mulut,anda akan mendapat rakan.menjaga kawan,satu cerita lain,satu bab yang tidak berjaya aku tamatkan.

akibatnya, aku rindu pada rakan lama.rindu kutukan mesra,bualan kosong dan tidak lupa bantuan sokongan mereka.

dati sudut pandang positif.ya..aku kehilangan sebahagian dari mereka, tapi aku berjaya berjumpa beberapa yang baru.walaupun yang lama tetap tiada tolok bandingnya.

2 ulasan:

RHI berkata...

betul tu, menjaga hati orang bukan senang, sebanyak mana pun kebaikkan yang kita buat dengan sekali kesilapan yg kita lakukan, mereka akan ingat sampai bila2, terutama dlm persahabatan...

lunaticg berkata...

Salam Kenal.
Sekurang-kurangnya tahu yang rakan-rakan juga perlu dijaga hatinya. Tapi kalau kawan yang tak jaga hati rakan-rakan macam mana pulak yek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...