Khamis, 17 September 2009

history never bored me!!

baru-baru ini...aku berkesempatan menonton cerita 1957:hati malaya..sebuah cerita berdasar sejarah persekutuan tanah melayu..sejarah bagaimana merdekanya negara bangsa kita ini..

well..walaupun cerita ini ada banyak yg boleh dikritik pasal movie ini...tp sebenarnya cukup elok utk menyedarkan kita bagaimana bumi bertuah ini bermula...

impaknya tentang movie ini...aku secara tiba2 obses merujuk semula sejarah kemerdekaan negara ini...aku mula tertarik utk mengkaji semula jasa2 unsung hero dan kehebatan hero2 melayu yg tidak aku perasan selama hari ini...such as tun dr ismail,and how great dato' onn !!

walaupun ramai merujuk tunku sebagai bapa kemerdekaan...tp ramai tidak mengisytiharkan bahawa dato onn merupakan hero melayu yg lebih hebat...tanpa beliau...tiadalah gagasan UMNO dan tiadalah asas perjuangan kemerdekaan...dato onn merupakan seorang pemimpin yg bernas di fikirannya...tp kurang dalam pelaksanaannya..

sebagai contoh,keputusan beliau utk membuka keahlian UMNO kepada bukan melayu...yg merupakan salah satu garis panduan dari British utk menggapai kemerdekaan...ideanya betul...tp pelaksanaannya salah...tunku dgn bijaknya mengambil idea tersebut dan tubuhkan perikatan...itu yg saya nampak....ada lagi jika anda semua mengkaji semula sejarah malaysia..

dan yg kedua...perihal Tun Dr Ismail...beliau antara melayu yg genius...baru aku sedar ader melayu yg genius selain TUN dr M..beliau seorang yg penuh berkaliber...beliau adalah hero melayu yg menyelamatkan Tanah Melayu!!sila kaji sejarah Malaysia kalo nak butiran lanjut bagaimana dr ismail menyelamatkan malaysia...

tp apa yg berjaya menyentuh aku dari filem ini adalah perihal dato onn...tentang bagaimana perasaan beliau ketika union jack diturunkan...dengan segala usahanya yg penat...die hanya menyambut kemerdekaan yg diperjuangnya di rumah..betul atau tidak...aku tak tau ..tp kalau betul..kenapa tidak dijemput Onn?kenapa?...

onn hero sebenar melayu!!!itu yg nak aku istiharkan!!!siapa yg berani membantah..aku x kesah..aku x peduli!!ONN HERO MELAYU!!

1 ulasan:

gelapcerah berkata...

memang aku pikir begitu gak terk

tapi aku rasa ramai lagi unsung hero yang langsung tiada dalam catatan sejarah... kalau adapun sangat sipi2

golongan kiri dan golongan pembaru yang yg membawa idea dari indonesia dan pulang ke tanah melayu, serta golongan dari mesir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...