Isnin, 16 Februari 2009

tentang umur dan perspektif

salam..
baru-baru ini dua sahabatku menyambut harijadi mereka...masing2 melabuhkan tirai umur lama dan melangkah ke dimensi baru kehidupan.Bagiku,tirai remaja makin hampir melabuhkan tirainya sepenuhnya...hanya beberapa minggu lagi tingkap2 kehidupan bakalku tutup.
ketika mengucapkan selamat hari lahir kepada seorang rakanku,terlintas di perspektifku tentang perspektif aku ketika di peringkat umur berlainan...

aku rasa mungkin ada persamaan antara anda semua.
ok..
bermula umur 2-6 tahun,anda sangat curios,curiosity anda begitu tinggi,anda nampak semuanya berlainan,di samping daya imaginasi yg sungguh dinamik,anda nampak di dunia yg berbeza.

umur sekolah rendah,
anda tetap bersikap ingin tahu,disamping bermain adalah perkara utama,anda cuba mengenal dan cuba memisahkan yg hak dan batil.ada yg sudah bermula mengenal perbezaan antara gender.

peringkat paling menarik!!
umur belasan tahun!!
anda makin berani mencuba,dan sentiasa menjadi risk taker,di sini bermula elemen2 sosial menjadi teras kehidupan,tentang kawan,hubungan b'lainan jantina,tentang berjuang utk hak diri,dan memanipulasi segala2 yg mungkin,belajar utk survival,belajar tentang matlamat menghalalkan cara..haha...disini juga jalan yg anda lalui sekarang dipilih...betul x?


bagi aku,umur 19 tahun begitu banyak mengajar aku dan membuka luas persektifku tentang hubungan antara kawan..sila rujuk segala post2ku di tahun 2008-2009,pelbagai definisi baru dikenalpasti,tentang kawan yg menyakitkan hati,kawan sejati,kawan lelaki dan perempuan,kawan baik,kawan sesekolah dan sebagainya..

pagi tadi baru sahaja aku menyelamatkan buntut rakan2ku dari pengembaraan ala2 prison break yg sentiasa sahaja akan berlaku di matrix uia ini..hahha....terasa macam scorfield lak aku...

16 feb ,tepat 9.45 malam pula,rakanku akan meninggalkan bumi bertuah Malaysia ke negeri org utk berjihad menuntut ilmu....good luck to you sis!bila pula kakiku ini ingin menjejak bumi org?hahaha


mmm....just satu fakta baru aku discover...lelaki sentiasa mahu apa yg diempunya lelaki lain...
mm...apa perspektif anda tentang fakta ini??~?~?!?!?! tepuk dada tanya iman,tanya minda apa katamu!!

1 ulasan:

Muhammad Affiq Ibn Kamaruzaman berkata...

pd aku,remaja x d nilai dari jumlah umur.. tapi tingkah laku.. oho
ada yang belum sedar.. umo 30 pun masih nak rempit

tapi lebih cantik kita sandarkan pd istilah "pemuda", bukan remaja..

pemuda adalah org yg belum pencen, kuat semangatnya, jelas pandangan nya, kuat tenaganya..

tapi ramai saje org sekarang umo 20 pun sudah pencen.. malas itu malas ini.. banyak melepak

x sedar bumi ni luas lagi x teroka, ilmu itu dalam lagi x d gali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...