edisi baru di fixrezzi;
EDISI MUHASABAH DIRI
ya...tengah hari tadi semua mahasiswa/siswi IIUM mendapat tahu keputusan masing2...ye macam biasa...degup jantung tidak menentu pada saat menunggu dan lain pula yang berlaku pada bilamasa keputusan telah diketahui..
keputusan aku? macam terlalu cliche lak nak citer keputusan kt blog...heheh....lagipun keputusan ku teruk...sugguh teruk...buat malu nak cerita ja..tp apa yang aku nak kongsikan bersama anda semua adalah sebuah muhasabah diri...
kata org.: hidup bagaikan roda, bila-bila masa sahaja situasi kita boleh berubah.
kata FIXREZZI:
hidup bagaikan roda, kita tahu perkara ini, tapi kita lupa bila kita diatas,bila dah terjatuh , baru terasa indahnya dunia di atas sana!
ya, bila terjatuh, baru kau tahu dan terasa, alangkah indahnya dunia bila kita berada diatas.sehingga lupa...ya...lupa....lupa yang kita bukan berada diatas selama-lamanya tanpa sebarang tindakan...kita boleh duduk diatas selama-lamanya? ya...tidak mustahil, bagi aku...semuanya mungkin, selagi diizinkan Allah!
kita apabila kita berada diatas, kita selalu berasa selesa, hingga terlupa apa yang telah kita lakukan utk kita sampai diatas ini..kita adalah manusia...ya..insan...yang boleh disamakan dengan alpa, lupa....kita makhluk yang serba lupa..mungkin...atas dasar fitrah inilah...Allah menyuruh hambanya yakni manusia supaya sentiasa ingat kepadanya, difardhukannya solat ..supaya kita sentiasa 'keep in touch' dengan Nya dan juga dengan reality!!(reality check).
kebelakangan ini.memang aku menjadi semakin lupa.hanyut dengan perkara picisan dan remeh temeh..anda boleh lihat dengan post2 di blog saya yg x seberapa ini.mmg penuh kealpaan.alpa kerja dan tanggungjawab sebagai seorang
student.alpa kerja dan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya.
walau apapun yang telah berlaku, aku rasa , aku masih berani untuk gagal, tapi berani aku kebelakangan ini tidak cukup usaha disertakan.tidak seperti dulu2..
apeponk....bak kata org putih..
.the damage is done,dan diharapkan,
bila aku berada diatas kembali, aku akan terasa lak sakitnya berada dibawah,supaya aku terus kekal usaha utk diatas,bukan takut gagal, tp taknak melepaskan keindahan diatas,,,hahaha...
p/s: huh, kadang2 aku impikan hidupku sebagai seorang ulat buku, walau hanya dengan buku, aku sudah boleh puas,biar org kata psychopath pun takpa...asal study pandai...heheh...tapi x mungkin itu berlaku pada aku...x mungkin kot?hehehe