Gagal,sebut pasal perkataan ni mesti ramai yang rasa seram,atau tidak suke mendengarnya.Tapi pada hakikatnya gagal adalah satu proses dalam kehidupan.Sedarlah tanpa kegagalan,anda tidak berjaya atau tidak wujud seperti mana anda pada hari ini.
Jika kita singkap kembali proses kehidupan,kita sebenarnya melalui begitu banyak sesi kegagalan,bermula dengan proses utk seorang bayi untuk berjalan.jika tiada kegagalan semasa proses berjalan..anda mungkin adalah seorang MUTANT?!
begitu juga dengan proses belajar menulis,menaiki basikal,membawa kereta dan sebagainya.jadi kegagalan seharusnya sebati dalam kehidupan seorang manusia.Bukannya melihat kegagalan adalah satu perkara yang keji,hina atau tidak patut dilakukan.Ini terbukti jikalau kalian semua membaca biografi manusia-manusia berjaya di dunia.contohnya Bill Gates,berhenti belajar undang-undang.Tun Mahathir,antara manusia yang aku paling respect sekalipun pernah gagal.Jadi,apa yang ingin disarankan disini adalah,
Jangan Takut Gagal,Kerana gagal adalah sebahagian dari hidup.
dan apa yang penting,setelah apa yang telah diusahakan,sepertimana dijanjikan Allah,setiap usaha ada pulangan nya,dan setiap akibat ada hikmahnya,dan yang paling utama,
yang baik dan buruk itu adalah datang dariNya..jadi SYUKURLAH!!
4 ulasan:
tanpa kegagalan, manusia tak kenal kejayaan.
:)
satu kegagalan memberi seribu satu pengajaran~ ;)
"anda mungkin adalah seorang MUTANT?!"
best statement nih..
Catat Ulasan