Rabu, 8 Februari 2012

Salahkah menjadi pelajar mediocre?

me·di·o·cre

adj \ˌmē-dē-ˈō-kər\

Definition of MEDIOCRE

: of moderate or low quality, value, ability, or performance : ordinary, so-so

 pelajar mediocre. atau dalam bahasa melayu tulennya pelajar sederhana. aku akui diri aku adalah salah seorang pelajar yang tergolong dalam lingkungan mediocre ini. Tapi mungkin definisi aku bukanlah pada tahap moderate performance mahupun low.. mungkin di antara dua tahap itu.. rendah sikit dari moderate tapi tinggi sikit dari low..

mesti ramai tertanya-tanya.. adakah aku bangga menjadi mediocre? atau adakah aku memilih menjadi mediocre? atau adakah aku selesa menjadi mediocre?
Secara umumnya. sememangnya semua org mahu menjadi yg TERBAIK. the excellent,excelente,eccellente, dan aku juga mahukannya. tapi kembali kepada tajuk asal
"Salahkah menjadi pelajar mediocre?"
Aku menjadi mediocre di alam pelajaran bukanlah pilihan sendiri. tapi menjadi mediocre atas kesilapan dan juga kurangnya upaya aku utk menghadam silibus2 engineering.TAPI, bagi aku tidak salah menjadi mediocre.KENAPA?

SEBAB-SEBAB X SALAH MENJADI PELAJAR MEDIOCRE:

  1. seorang pelajar mediocre akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yg telah dilalui dalam hidupnye. 
  2. sentiasa akan bersemangat walau menghadapi dugaan
  3. BERANI GAGAL
  4. mengetahui yang 'imposible is nothing'
  5. tidak mudah melatah
jadi, jika anda segolongan dengan aku ... ketahuilah bahawa menjadi seorang pelajar mediocre juga ada kelebihannya!

tapi jika diberi pilihan, semestinya tidak sama sekali menjadi mediocre. ia bukanlah satu pilihan, tapi lebih kepada satu hukuman!
 
 

Selasa, 3 Januari 2012

Comeback: Bukannya Saya tidak mahu ada post2 Islamic....

Asalamuaikum
Lama x berblog. Banyak kisah nak diceritakan, tapi momentum menulis terhenti.Utk memulakan kembali momentum, ingin aku kongsi pandangan aku terhadap blog2 Islamic


Memang aku sokong 100% usaha blogger2 yg bertemakan Islamic dan berkongsi kisah2 tauladan, kisah dari Al-Quran , hadis dan seangkatan dengannya.bukannya fixrezzi x nak berkongsi benda2 sebegitu..
TAPI....


Aku hanya mediocre... seorang yg sedang2 saja.. ilmu didada x cukup nak membuatku berkongsi ilmu2 sebegitu di blog x seberapa ni.. memang ada timbul semangat nak ada post macam tu, tapi bak kata pepatah melayu
"kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"
Aku hanya mediocre.. aku hanya cukup secara basic dlm soal fardhu ain.. hanya tau menurut ajaran, tidak tau hendak menghambur usul dari Furqan atau As sunnah.. sekadar tau mana yg tau.. tp setakat yg ku tahu, aku masih mengamalkan amalan yg tepat di landasan Islam.Masih mencari titk pusing utk berubah, tapi melentur buluh biar dari rebung.. itu masalahnya.. dah jadi buluh cmnie mmg susah nak lentur...

Aku masih struggle dalam jihad besar seorang anak Adam.. Jihad lawan nafsu.. masih struggle nak korban apa yg dirasakan selesa walau x betul.. masih takut nak keluar dari zon selamat..walaupun yg difikirkan selamat itu tidak selamat..

dengan ini fixrezzi nak cakap SALUTE sama semua bloggers2 islamic di alam maya seantero dunia.. anda adalah daie2 yg perlu diambil perhatian dan diambil kira perjuangan anda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...