Ahad, 23 September 2012

kisah yg tak terungkap sebelum ini

asalamualaikum.
lama sungguh tak mencoret disini,begitu banyak berlaku peristiwa ke atas diri kerdil ini. tapi perubahan yg berlaku pada diri aku ni boleh dianggap negligible... nothing significant berbanding billion lagi manusia di muka bumi ni

sepanjang tempoh tidur di alam blog, begitu banyak suka duka telah berlaku.
pertamanya, aku akhirnya dapat kenal pasti siapa yg sebenarnya2 kawan aku yg tinggal di dalam alam aku. bersyukur atas semua nikmat dikurniakan kepada aku kerana dianugerahkan kawan2 sebegini

sepanjang tempoh tidur, aku berjumpa kasih dihati, begitu banyak silap aku utk memulakan kisah kasih ini. silapku kerana lambat ambil tindakan, sehingga si dia mengorak langkahnya dahulu. 2 bulan yg lalu, yg itu semua 2 bulan yg lalu.

pelbagai komplikasi cerita ini, sehingga hujung pangkalnya jadi kabur. entah mana silapnya tepatnya dua bulan, maka keberangkalian cerita ini menuju garis penamat makin hampir. aku sudah ketahui sebabnya. apa yg ku cari tak sama dengan pencariannya.

aku kini juga dapat mengetahui, diri ini jijik penuh dosa, hidup berlandas hedonisme. tidak begitu islamic. hanya lepas fardu ain baca quran dan solat. itu pn rasanya solat pun tidak sempurna. hukuman Allah kini cash. tiada lagi masuk buku macam dulu2... semuamya cepat dan pantas.

selalu ku pinta pada yang maha esa, datangilah aku org seperti si dia. tapi aku silap. aku tidak menduga, apa yg aku minta itu luar kemampuanku. dia begitu baik dan terlalu baik. dia tidak sanggup menuruti cara hidup ku yang jijik. tapi maaf, aku tidak mampu menipu diriku sendiri.

aku yg sentiasa berdosa sepanjang 2 bulan ini. terlalu baik dan terlalu mencinta. terlalu buta dan terlalu tuli. terlalu mengganggu hingga kehidupannya yang elok porak peranda. aku sentiasa salah, sentiasa berdosa. sentiasa tiada apa yg baik utk dirinya.

bukan aku nak bukak pekong di dada, tapi kurasa kebas, tak ada tempat lain nak luah segala. mencari konklusi melalui media massa. rasa kebas. rasa malu. rasa mati. tapi mahu luah segala. ini kisah tak terungkap sebelum ini.

kepada si dia, dirimu terlalu baik utk diriku, bagai bidadari datang menyapa,  umpama puteri kayangan turun menjengah.. umpama pesanan Allah utk menegah diri jijik ini. engkau sentiasa di hati, tapi codeks kita berbeza. ayat mudahnya haluan kita berbeza, engkau org mulia, diri ini biasa2. melayu tipikal yg sentiasa suka berada di zon selesa. 

aku marah, aku sedih, tapi aku rasa kebas dari ubun2 hingga hujung jari kaki, jadi perasaaan ku mati, nak diekpressi pun sudah tidak berbunyi, jadi kekok jadi batu, jadi tak kenal diri. aku menyintai dia, rasa itu masih mengetuk didada, tapi dia lebih menyintai si Dia. baguslah, mmg itu sepatutnya.. biarlah ku sengsara, terjelepok, kumpul tenaga nak bangun semula.

tak ku coret mungkin sampai esok masih menulis, panjang2 nnt tak org yg baca. yg ini pun rasanya jadi picisan, hanya secebis perasaan dari hamba yg tidak berperanan.

ini kisah yg tak terungkap sebelum ini. kepada buah hati ku... abg sentiasa di sini, mencari konklusi, menunggu takdir ilahi, mengharap keajaiban berlaku, mengharap segalanya. harus bagaimakah  dendangan spider, dan teman pengganti, menjadi melodika jiwaku wat sementara waktu.

:')


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...