suka aku melihat sekeliling hidup aku.
semuanya ada cerita mereka masing-masing...ada yang bergembira,ada yang cuba menerangkan sesuatu,ada yang bercinta, ada yang berduka,ada yang menangis, ada yang tertawa.
tapi aku?hmm...tak ada apa-apa yang berlaku dalam hidup ini buat sementara waktu ini..begitu statik...tiada drama.tiada komedi,tiada melankolik atau romantik..hanya tenang dan kosong...tiada berirama tanggo ataupun chacha...tiada balada ataupun bossanova...sepi....ditemani sepoi-sepoi angin gunung-ganang sempadan perak-kelantan...ditemani derusan keruh air sungai perak...diiringi bau durian dan tempoyak..
ada orang kata hidup ini adalah sebuah pementasan agung oleh Tuhan,yang dimana kita ini adalah para pelakonnya..jika benar kata-kata itu,sudah pasti aku hanyalah seorang pelakon tambahan atau 'Pak Pacak' dibabak2 ketika ini...kerana skrip ku begitu kosong ....helaian kosong tiada cerita..
bulan-bulan lepas begitu dramatik skripku,ada melodrama,ada drama,ada melankolik,ada patriotik,ada bibit-bibit romantik tidak menjadi,tapi itu bulan-bulan lepas...bulan ini?kita tidak tahu lagi...